CHUKAI: Pengorbanan dan kesungguhan pejuang kemerdekaan bukan sahaja untuk diingati tetapi juga perlu dihayati dan dijiwai.
Pendirian yang dipegang oleh Nur Zamri Shafie, 53, tidak hanya menjadikan beliau seorang yang patriotik tetapi juga berbeza daripada individu lain kerana sanggup mengeluarkan kos lebih RM1,000 untuk menghasilkan video pendek di sebalik kemerdekaan negara.
Lebih membanggakan, beliau yang merupakan seorang kontraktor, berkongsi semangat kemerdekaan itu dengan isterinya, Salida Abdullah, 45, dan dua orang anak mereka serta dua anak saudara sehingga terhasilnya video tersebut.
"Pada awalnya, ia hanyalah untuk kenangan bersama keluarga kerana agak mencabar juga menghasilkan video ini, lebih-lebih lagi untuk pastikan anak-anak menghayati watak masing-masing. Pernah juga mereka merajuk dan berasa tidak mampu membawa watak sebagaimana yang kami mahukan.
"Bagaimanapun, saya tidak cepat putus asa dan cuba memujuk dengan bercerita penuh semangat serta mengajar mereka sehingga mampu meneruskan pembikinan video sebagaimana yang diharapkan," katanya kepada media ketika ditemui di kediamannya di Kampung Geliga di sini, baru-baru ini.
Menceritakan mengenai video berdurasi 3.19 minit bertajuk 'Ini Tanah Kita', Nur Zamri berkata ia memaparkan perjuangan wira negara menentang penjajah selain memupuk nilai kecintaan kepada negara.
Nur Zamri berkata rakaman video itu dibuat di sekitar Bukit Bendera berdekatan Pantai Teluk Mok Nik dengan penampilan dua anaknya -- Adam Danial Nur Zamri, 11; dan Irfan Darwish, 9; serta dua anak saudara -- Mohd Ilham Sani, 11; dan Nur Izra Sani, 8.
Video itu telah dimuat naik di Facebook Zamri Shafie dan YouTube budak moto kira-kira 12 tengah malam tadi, sempena Hari Kebangsaan ke-64.
"Sudah menjadi kewajipan sebagai bapa untuk menerapkan nilai patriotik...syukur, anak-anak bagaikan memahami malah setiap kali tiba bulan kemerdekaan, mereka akan sama-sama memikirkan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkannya.
"Adakala kanak-kanak akan melaungkan perkataan 'merdeka' tapi tidak memahaminya, begitu juga anak saya ketika masih kecil, sehingga ada yang bercita-cita ingin menjadi askar komunis. Saya terpaksa menerangkan tentang siapa pejuang dan siapa komunis berdasarkan kisah sejarah bagi membetulkan pemahaman mereka," kata Nur Zamri.
Penghasilan video itu telah bermula sejak dua minggu lalu dan ia sebagai 'pengubat hati' kerana tidak dapat menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka sepertimana sebelum ini, katanya.
Sejak tahun 2004, beliau dan keluarga tidak pernah terlepas peluang menyertai perarakan di ibu negara, namun pandemik COVID-19 telah menyebabkan mereka terpaksa meraikan hari bersejarah itu dengan cara tersendiri.
"Sebelum ini setiap kali menyertai perarakan, saya dan isteri akan memastikan anak-anak memperagakan pelbagai pakaian unik seperti baju Melayu, baju kurung yang dijahit menggunakan bendera Malaysia dan pakaian seragam polis zaman dahulu yang ditempah khas," katanya.
Menurut Nur Zamri, pada Ogos tahun lepas beliau turut menghasilkan video pertempuran antara pejuang negara dan komunis tanpa menggunakan dialog yang berdurasi 2.21 saat menggunakan aplikasi telefon pintar.
"Video itu juga telah dimuat naik di Facebook cuma video kali ini ada pertambahan bilangan pelakon serta mempunyai jalan cerita yang lebih panjang dan dialog," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Irfan Darwish Nur Zamri, 9, (dua, kiri) yang lengkap dengan pakaian polis zaman dahulu bersama abang dan sepupunya mengibarkan Jalur Gemilang. - Foto BERNAMA
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.