KUANTAN: Seorang wanita sanggup mengeluarkan 'modal' RM4,200 demi memenuhi hasratnya menjadi isteri seorang 'menteri' yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki tersebut menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp bagi menyatakan hasratnya itu.
Menurutnya, sekiranya mangsa setuju, dia diminta berurusan dengan seorang wanita bernama Siti yang bertugas sebagai pengurus bank kepada 'menteri' itu.
"Mangsa yang bersetuju untuk menjadi isteri lelaki tersebut diminta membuat bayaran RM4,200 sebagai yuran proses perkahwinan mereka.
"Pada Jumaat lalu, mangsa membuat bayaran seperti diminta melalui mesin deposit sebuah bank ke akaun bank atas nama seorang lelaki," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.
Mohd Wazir berkata, selepas bayaran itu dibuat, mangsa mula curiga dan syak bakal suaminya itu penipu yang menyamar dengan menggunakan nama menteri berkenaan.
"Mangsa yang mengalami kerugian RM4,200 tampil membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh pada Ahad.
"Tindakan itu diambil mangsa kerana bimbang dengan keselamatan diri, keluarga dan hartanya di kemudian hari," katanya.
Tambah beliau, polis percaya suspek menggunakan identiti salah seorang menteri untuk menipu mangsa hingga mengalami kerugian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 13 2021
Seorang wanita sanggup mengeluarkan 'modal' RM4,200 demi memenuhi hasratnya menjadi isteri seorang 'menteri' yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini. -Gambar hiasan
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Guru tadika rugi RM4,200 terperdaya tawaran jadi isteri 'menteri'
Mangsa telah ditawarkan wang tunai RM1 juta dan kereta mewah Rolls-Royce sekiranya bersetuju.
Hasrat jadi isteri 'menteri' tidak kesampaian, wanita rugi 'modal' RM4,200
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.