Orang Melayu perlu sentiasa berwaspada dengan muslihat DAP untuk mencaturkan pentadbiran negara ini menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, DAP sengaja memperalatkan beberapa pemimpin Melayu yang kecewa dengan UMNO untuk berada dalam barisan depan Pakatan Harapan bagi mengabui mata rakyat.
"Pemimpin Melayu yang kecewa dan begitu berangan untuk berkuasa sanggup menjadi umpan DAP, inilah strategi licik DAP.
"DAP hanya memperalat dan memperkudakan pemimpin Melayu supaya berlaku pertelingkahan dan perpecahan sesama orang Melayu dengan menggunakan perbezaan ideologi politik.
"DAP parti yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita mereka walaupun dengan mempergunakan segelintir pemimpin politik Melayu yang kecewa dan kemaruk kuasa," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Kit Siang patut jadi pengerusi Pakatan Harapan - Ismail Sabri
BACA: DAP lebih pentingkan penguasaan berbanding jawatan - Noh
Tambah beliau, rakyat perlu memahami bahawa bukan begitu mudah untuk DAP 'tunduk' kepada pemimpin Melayu walaupun mereka meletakkan pemimpin Melayu mengetuai Pakatan Harapan.
"Takkan begitu senang DAP mahu berketuakan orang Melayu kerana selama ini parti itu amat memusuhi dan tidak pernah senang hati dengan kedudukan serta pencapaian orang Melayu di negara ini.
"DAP mempunyai muslihat yang cukup licik ketika sesetengah pemimpin Melayu masih tidak sedar dan terbuai dengan harapan kosong untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.
"Orang Melayu perlu untuk berasa bimbang jika keputusan PRU akan datang memihak kepada penguasaan bukan Melayu dan menyaksikan DAP mendominasi blok pembangkang," tegasnya.
Oleh sebab itu jelas Syed Ali, orang Melayu perlu sentiasa bimbang kerana pengundi bukan Melayu kemungkinan boleh memihak kepada DAP yang memainkan isu dan sentimen perkauman.
"Saya kesal kerana ada segelintir pemimpin Melayu yang tergamak berpeluk dengan pemimpin DAP sedangkan selama ini parti rasis itu sentiasa memusuhi dan mencurigai kepimpinan politik orang Melayu.
"DAP sememangnya tidak mempunyai semangat kekitaan untuk menbentuk persekitaran politik yang sihat," katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan seterusnya berkata, selama lebih 70 tahun UMNO menjadi payung yang melindungi kepentingan dan masa depan orang Melayu.
"Selama tempoh itu, UMNO telah melalui beberapa pengalaman dan pahit getir tetapi akhirnya tetap berjaya memperkasakan perjuangan orang Melayu seperti yang ada hari ini.
"Tidak ada sebab mengapa dan kenapa institusi siasah Melayu ini hendak diruntuhkan hanya disebabkan amukkan politik pembangkang yang sasaran perjuangan yang kabur dan tidak menjanjikan harapan untuk rakyat terutama orang Melayu," tegasnya.
Beliau berkata, walaupun UMNO dan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang dengan pelbagai fitnah dan tuduhan tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membela nasib rakyat.
Sehubungan itu katanya, rakyat terutama orang Melayu perlu berhati-hati dengan serangan politik yang mula diperhebatkan oleh blok poembangkang untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Dalam masa yang sama, beliau menyeru seluruh kepimpinan UMNO supaya meningkatkan semangat perpaduan dan lebih pro-aktif menyantumi permasalahan rakyat dan golongan sasaran.
Astro Awani
Wed Apr 05 2017
Orang Melayu perlu sentiasa berwaspada dengan muslihat DAP untuk mencaturkan pentadbiran negara ini menerusi PRU ke-14 akan datang. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.