Beberapa poster dana Tabung Harapan Malaysia yang memaparkan nombor akuan palsu tersebar di media sosial.

Salah satu poster yang mirip poster rasmi Tabung Harapan Malaysia oleh Kementerian Kewangan kini dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam gambar tersebut, orang ramai diminta untuk menyalurkan sumbangan mereka melalui akaun Maybank yang bernombor 56607062645 atas nama Tabung Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, nombor akaun tersebut didapati tidak sahih.

Oleh itu, orang ramai dinasihati untuk tidak mudah terpedaya dengan poster dana palsu dan diminta untuk memeriksa nombor dan nama pemegang akaun sebelum melakukan sebarang transaksi.

Akaun nombor yang sahih adalah akaun Maybank 566010626452 atas nama Jabatan Akauntan Negara.


Pada Khamis, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan bahawa dana keseluruhan sudah mencecah lebih RM7 juta dalam tempoh 24 jam tabung itu dilancafkan.

Kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang ingin membantu kedudukan kewangan kerajaan.