KUALA LUMPUR: Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 yang akan berlangsung di Melaka, Ahad ini dilihat platform terbaik untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama erat wartawan Malaysia-Indonesia.
Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) Malaysia Datuk Mokhtar Hussain berkata HAWANA 2022 akan mengundang 17 pemimpin utama media dari Indonesia termasuk ISWAMI Indonesia untuk menghadiri program itu.
Menurutnya kerjasama erat antara wartawan kedua negara telah lama terjalin malah berperanan penting dalam mengukuhkan hubungan dua hala kerajaan Malaysia-Indonesia yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan bangsa.
"Kehadiran mereka (wakil media Indonesia) pasti memberi makna besar dan ada signifikannya iaitu simbol muafakat antara wartawan dua negara selain membolehkan kita saling berukar pendapat, kemahiran dan pengetahuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Jendela Fikir Edisi HAWANA 2022 terbitan Bernama Radio bertajuk 'Hubungan Erat Wartawan Malaysia dan Indonesia' yang disiar secara langsung menerusi Facebook Bernama Radio hari ini.
HAWANA 2022 anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan sokongan ISWAMI serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal dihadiri wartawan dan pengamal media tempatan selain wakil dari beberapa negara jiran.
Selain HAWANA, Mokhtar berkata ISWAMI turut berhasrat meningkatkan penglibatan wartawan dan editor muda untuk mengembangkan lagi ikatan kerjasama media negara berjiran itu.
"Kita cadang nak mantapkan hubungan ini dengan mengembangkan kepada golongan muda. Pada pertengahan Jun ini, kita cadang bawa 20 editor muda dari Indonesia ke Malaysia dan begitu juga dari Malaysia ke Indonesia kerana peranan orang muda ini perlu diketengahkan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap HAWANA turut menjadi wadah kepada masyarakat untuk memahami profesion kewartawanan seterusnya bersama-sama membantu wartawan serta pengamal media untuk menggerakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Datuk Mokhtar Hussain berkata HAWANA 2022 akan mengundang 17 pemimpin utama media dari Indonesia termasuk ISWAMI Indonesia untuk menghadiri program itu. - Bernama
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Pusat Kajian Kewartawanan beri manfaat kepada pengamal media, rakyat
Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.
HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.
HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi
HAWANA 2022: Kementerian tidak akan pandang sebelah mata resolusi wartawan - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Mutimedia sedia mendengar pandangan penggiat media, dan akan memudahcarakan usaha untuk melaksanakan resolusi berkenaan.
HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.
HAWANA 2022: Wujud badan induk, angkat suara wartawan - ISWAMI
Langkah itu bagi memastikan suara pengamal media, khusus dalam menyampaikan idea serta cadangan yang bernas, dapat didengari.
HAWANA 2022: Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh wartawan serta pengamal media.
Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.