Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan agar pemberian lesen pembalakan dihentikan sekurang-kurangnya 25 tahun bagi mengelak banjir besar berulang.
Katanya kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang berisiko banjir setiap tahun perlu melaksanakan langkah berkenaan bagi mengelak impak besar banjir ekoran kegiatan pembalakan yang berleluasa.
"Selagi ada pemberian lesen pembalakan, selagi itu ada kemusnahan hutan, selagi ada kawasan yang 'halal' untuk membalak, selagi itu ada kegiatan 'haram' pembalakan ini.
"Kita hanya salahkan pembalakan, kemusnahan hutan sebagai penyebab banjir setiap kali banjir berlaku, tapi pernah tak fikir, lesen membalak tu siapa yang bagi, yang luluskan?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Muhibah Perkasa bersama Orang Asli di Bukit Lagong di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa ahli akademik yang menjurus kemungkinan bencana banjir terburuk ketika ini mempunyai kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan.
"Kita boleh hentikan sementara, 25 tahun sekurang-kurangnya, bagi muka bumi, tanah stabil. Lesen boleh diberikan kepada mereka yang benar-benar berkaitan dengan industri contohnya industri perabot sahaja.
"Lagipun saya rasa Malaysia tidak kurang pendapatan jika cukai balak ini tiada," katanya.
Sementara itu, Ibrahim melahirkan rasa terima kasih dan kagum terhadap kepimpinan dan ahli Perkasa seluruh negara yang telah bertungkus lumus mengumpul dan mengagih bantuan ke negeri-negeri terjejas akibat banjir.
Selain bantuan keperluan asas, Perkasa kini dalam proses mengumpul sumbangan berbentuk bahan binaan ringan seperti zink, simen dan papan bagi membantu membina semula rumah penduduk yang rosak sementara mereka mendapat bantuan untuk membina rumah baharu.
Bernama
Sun Jan 04 2015
IBRAHIM: Banjir: Hentikan beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
KPDNHEP tahan wanita jual produk tiruan dengan harga tinggi
Pemilik premis yang berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis sekitar Wakaf Tengah kira-kira jam 10.30 pagi Rabu.
Polis siasat insiden 11 gereja dibakar
Selain itu beberapa helikopter yang diletakkan berhampiran gereja turut musnah dibakar dipercayai akibat perbuatan khianat.
Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua 2016 - ASLI
Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan keyakinan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan pinjaman lebih pantas.
1MDB: Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC - Lodin
Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memberi sepenuh kerjasama kepada prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan bermula 19 Mei ini.
PAC perlu libat wakil antarabangsa dalam siasatan 1MDB - Ramon
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dinasihat untuk menggunakan pakar antarabangsa sebagai rujukan dalam prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.
ASEAN perlu beri fokus terhadap '4I' - Michael Yeoh
ASEAN perlu memberi fokus terhadap '4I' - infrastruktur, inovasi, pembangunan inklusif dan pelaburan - sebagai pemacu utama kemakmurannya pada masa akan datang, kata Tan Sri Michael Yeoh.
Henti beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan agar pemberian lesen pembalakan dihentikan sekurang-kurangnya 25 tahun bagi mengelak banjir besar berulang.
Projek pembangunan luar bandar dilaksana secara holistik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua projek pembangunan luar bandar akan dilaksanakan secara holistik untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.
Kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia - Najib
Najib beri jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia dan akan memastikan setiap warganegara ada tempat di bumi Malaysia.