KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.
Beliau berkata sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan, beliau bimbang akan berlaku tindak-balas yang tidak diingini dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang begitu sensitif terhadap isu-isu berkaitan agama.
"Saya mengingatkan orang Islam ini, bab agama dia sensitif. Saya mengingatkan kepada mereka yang hina agama ini terutamanya yang duduk di negara kita ini, jangan hina. Kita hidup aman damai.
"Kerana kita bimbang, orang Melayu ini terutamanya yang Islam, mereka dengan agama tak boleh dipisah...Oleh itu kena hormat, jangan buat penghinaan. Kami tidak menghina agama orang, dan kamu juga jangan menghina agama kami," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan warga asing yang berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong perjuangan Hindu Samachar serta tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, pada awal Jun.
Menjawab persoalan berhubung penyalahgunaan media sosial, Idris menggesa para pembikin konten supaya lebih menitik-beratkan mengenai nilai etika dan moral, dalam setiap video yang ingin dihasilkan sebelum dimuat naik.
"Bagi orang Islam, apa yang kita buat akan jadi perkiraan apabila kita mati. Bagi bukan Islam pula, semua agama tidak mengizinkan kita melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai moral dan etika. Sepatutnya perkara ini dijadikan sebagai garis panduan dalam hidup kita.
"Dan janganlah dengan media sosial kita membunuh karakter orang semata-mata untuk dapatkan bayaran melalui jumlah tontonan," katanya.
Di pihak kementerian, Idris berkata beliau telah mengarahkan agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), untuk menghasilkan lebih banyak video-video pendek berkonsep dakwah dan mengandungi mesej moral yang bermanfaat kepada masyarakat.
"Itu ikhtiar yang kita buat. Selain itu kalau ada benda-benda yang menyalahi dari segi moral, selalunya saya akan menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), untuk mengambil tindakan terhadap penyiaran-penyiaran di dalam media sosial ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam. - Gambar fail/BERNAMA
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan
Dua individu tersebut masing-masing ditahan pada Khamis dan Jumaat di Gombak, Selangor dan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dua lelaki ditahan hina institusi Diraja Johor, Sultan Selangor
Kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan secara berasingan kerana membuat naik hantaran yang cenderung menghasut.
Polis tahan lelaki disyaki hina Institusi Diraja Malaysia
Suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, pada Rabu.
Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi beraja
Laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.
Umat Islam wajib pelihara maruah, kesucian agama
Individu yang terlibat bukan sahaja berdepan dengan kemarahan umat Islam, malah mendapat kemurkaan ALLAH SWT.
Henti hina agama Islam - Idris Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.
Hina Nabi Muhammad: Pakistan desak Perhimpunan Agung PBB ambil perhatian
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota.
Hina Nabi Muhammad: ABIM tuntut kerajaan India mohon maaf secara rasmi
ABIM menuntut Kerajaan India membuat permohonan maaf secara rasmi kepada umat Islam seluruh dunia susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad.