Orang Melayu dinasihatkan supaya menghentikan kebergantungan terhadap kerajaan.
Kata mantan timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, kaum Melayu sebaliknya perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berdikari.
Itu nasihat Tun Musa Hitam ketika menyampaikan dialog 'Bicara Minda' bertajuk Survival Ekonomi Melayu.
Tegasnya beliau, orang Melayu perlu segera mengikis mentaliti tersebut untuk maju ke hadapan.
Katanya, selagi mentaliti itu tidak diubah selagi itulah orang Melayu akan terus bergantung kepada bantuan dan belas kasihan kerajaan.
Selain itu, beliau juga menggesa orang Melayu supaya jangan terlalu merendah diri sehingga membawa kepada sifat ketidakyakinan yang keterlaluan (inferiority complex).
"Masanya sudah tiba... orang Melayu janganlah meneruskan sikap terlampau merendah diri hinggakan kita boleh dianggap sebagai 'inferiority complex',” katanya dalam sesi dialog ‘Bacara Minda’ anjuran Sinar Harian di Karangkraf petang tadi.
Katanya, setiap tahun ribuan anak Melayu belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan setiap tahun mereka ini lulus dan kualiti mereka tidak boleh dipandang rendah.
Tun Musa juga menaruh keyakinan terhadap orang Melayu dan percaya mereka mampu berjaya dengan usaha mereka sendiri.
Tambahnya orang Melayu mestilah yakin dengan kemampuan mereka dan perlu berusaha keras demi bangsa.
Ini kerana tidak ada jalan mudah dalam bidang ekonomi atau perusahaan dan sudah tiba masanya orang melayu perlu sedar untuk berjaya.
Sementara itu, Tun Musa berkata sikap prejudis yang wujud di kalangan masyarakat di Malaysia juga boleh diatasi.
“Manusia ada (sikap) prejudis samada mereka suka ataupun tidak,” kata beliau.
Tun Musa merujuk kepada sikap masyarakat yang sering mempunyai tanggapan prejudis terhadap kaum-kaum tertentu dari segi kemampuan dan kebolehan.
“Satu-satunya cara untuk melawan prejudis ialah dengan membuktikan kebolehan kita,” tambah beliau.
Haider Yutim
Tue Mar 12 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PDRM cuba bawa balik Jho Low sebelum hujung tahun - IGP
Menjelang hujung tahun ini, usahawan kelahiran Malaysia yang sangat dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low dijangka dibawa pulang ke tanah air.
'SPRM tidak cukup anggota'
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, Malaysia sekurang-kurangnya memerlukan 5,000 anggota.
Jangan kaitkan 'Bossku' dengan UMNO - KJ
Khairy Jamaluddin ingatkan supaya jangan ditegakkan benang yang basah.
UMNO bangkit semula? Ini jawapan Rafidah Aziz
Kemerosotan politik serta peningkatan budaya politik wang antara faktor utama kekalahan UMNO.
'Tiada maaf bagimu' - Rafidah Aziz jawab tuduhan jual AP
"Tuduhan jual AP, saya tidak akan maafkan orang terbabit." Rafidah Aziz
'Dosa masing-masing' - Rafidah Aziz beri 5 sebab tidak bertudung
"Lima sebab mengapa saya tidak bertudung." - Rafidah Aziz
'Jangan panggil Najib mantan, tapi bekas ...' - Mohamad Hasan
Penampilan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Bicara Minda - forum anjuran Sinar Harian mencuit hati penonton yang hadir.
'Saya masih ke pasar beli barang dapur' - Saifuddin Nasution
Jelas beliau, 'tugas' yang dipegang sejak 30 tahun lalu masih kekal digalasnya.
Pembunuhan Jamal Khashoggi satu kezaliman - Dr Mahathir
Beliau berkata negara ini tidak menyokong perbuatan membunuh seorang pengkritik kerajaan.
Mengapa IPTA ada kegilaan mengejar ranking? - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempersoalkan kegilaan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dilihat terlalu mengejar ranking berbanding memfokuskan matlamat utama penubuhan.