KUALA LUMPUR:Hentikan segala percaturan politik untuk menjatuhkan kerajaan atau menukar Perdana Menteri, dan tunggu sehingga pandemik COVID-19 reda, gesa penganalisis.
Ini susulan peringatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu supaya ahli politik menghentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.
Bagi geostrategis Prof Dr Azmi Hassan, nasihat Seri Paduka itu ialah kerana pada ketika ini pandemik COVID-19 yang melanda negara agak menggerunkan serta mengejutkan, dan kerajaan perlu diberi ruang untuk menanganinya.
"Bila keadaan sudah reda, kalau mempunyai majoriti boleh dilakukan (politiking). Tunggu sebentar, kalau rakyat boleh bersabar dan berkorban, saya tidak nampak kenapa ahli politik tidak boleh berkorban," katanya dalam temu bual eksklusif Buletin Bernama yang disiarkan di Bernama TV malam ini.
Azmi berkata keputusan Seri Paduka bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini adalah bertepatan kerana undang-undang sedia ada iaitu Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sudah mencukupi bagi menangani pandemik COVID-19.
"Jika saranan ini tidak diambil kira, kesannya akan dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, jadi kepada ahli-ahli politik, berhati-hati kerana rakyat sedang memerhati.
"Rakyat berasa muak dan jemu dengan 'political maneuvering' dan percaturan politik ini kerana ahli politik dilihat hanya mementingkan agenda politik dan bukannya mementingkan agenda rakyat," katanya.
Turut senada dengannya pensyarah Fakulti Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar yang berkata Malaysia tidak ada keperluan mengisytiharkan darurat kerana akta sedia ada sudah memadai.
"Apa yang patut kita buat ialah kerjasama antara agensi yang perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan, begitu juga dengan hubungan di antara kerajaan pusat dan negeri, kita dapat lihat kerajaan negeri memang ada autonominya sendiri, begitu juga kerajaan pusat.
"Pada masa yang sama kerajaan negeri juga sepatutnya diberikan ruang dan kebebasan untuk membuat keputusan dalam sesetengah perkara (dalam menangani COVID-19)," katanya.
Hari ini Seri Paduka Baginda bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 25 2020
Bagi geostrategis Prof Dr Azmi Hassan, nasihat Seri Paduka itu ialah kerana pada ketika ini pandemik COVID-19 yang melanda negara agak menggerunkan serta mengejutkan, dan kerajaan perlu diberi ruang untuk menanganinya. - Bernama
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.