Hidap penyakit misteri, rakan-rakan bantu viralkan penderitaan Ammar
Penyakit Ammar setakat ini belum dapat dipastikan doktor dan diklasifikasikan sebagai "unknown" (tidak diketahui).
Madiha Abdullah
Fri Feb 12 2016
Rakan-rakan berharap situasi Ammar akan mendapat perhatian pengamal perubatan agar dapat membantu mengenal pasti penyakit yang dihadapi. - Foto Nur Lailatul Husna
SEORANG pelajar, Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar, kini terlantar di rumah selepas diserang sejenis penyakit misteri.
Penderitaan Ammar itu mendapat perhatian rakan-rakannya yang melancarkan kempen di media sosial untuk membantu membiayai kos perubatan Ammar.
Menurut rakan Ammar, Nur Lailatul Husna, penyakit Ammar, 22, setakat ini belum dapat dipastikan doktor dan diklasifikasikan sebagai unknown (tidak diketahui).
Nama: Abu Ammar Mustaqim Bin Abu Bakar Umur : 22tahunStatus : graduate politeknik ungku omarAlamat : No 19 hala tasek...
Menerusi gambar yang dikirimkan Lailatul, Ammar dilihat mengalami bengkak di bahu sebelah kirinya.
Ammar yang merupakan anak sulung enam beradik, dan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Lailatul juga berharap situasi Ammar akan mendapat perhatian pengamal perubatan agar dapat membantu mengenal pasti penyakit yang dihadapi, sekali gus membantu memberikan cadangan rawatan penyembuhan.
PERHATIAN ! SEKARANG KAWAN-2 & SAHABAT-2 SAYA SEDANG MENGADAKAN KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK KESAKITAN YANG SAYA ALAMI...