Hidung Dr Mahathir berdarah ketika sidang media

Fareez Azman
November 19, 2019 04:54 MYT
Ketika sidang media, Tun Dr Mahathir dilihat beberapa kali mengesat hidungnya menggunakan tuala tangan. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.
Ketika sidang media, Tun Dr Mahathir dilihat beberapa kali mengesat hidungnya menggunakan tuala tangan.
Bagaimanapun selepas beberapa soalan diajukan, perdana menteri kemudiannya dibawa keluar dari majlis terbabit.
Salah seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri mengesahkan kejadian.
"Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami sedikit pendarahan hidung, bagaimanapun beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan.
"Beliau bertugas seperti biasa. Berita yang mengatakan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar," kata pegawai terbabit dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun Tun Dr Mahathir dilihat dalam keadaan sihat dan sempat menjenguk pameran kenderaan Biodiesel di PIPOC 2019.
Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu muat naik di laman Twitter memaklum beliau baharu sahaja bertemu dengan perdana menteri di pejabatnya di Putrajaya, dan perdana menteri memaklumkan beliau kini sihat.

Berjumpa dengan @chedetofficial tadi untuk berbincang beberapa isu semasa negara. Tun sebut beliau sihat dan mahu terus bekerja di pejabatnya. Tun cakap jangan bimbang, tekanan darah bagus 120/70. pic.twitter.com/sZw2Y3oERF

— Lim Guan Eng (@guanenglim) November 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Mahathir #hidung berdarah #hidung Tun Dr Mahathir berdarah #kongres #Mahathir Mohamad #minyak sawit #pameran #Perdana Menteri #PIPOC 2019 #Sidang media #Tun Mahathir