Aidilfitri tahun ini pastinya tidak dapat dilupakan Muhamad Faris Aizat, 9 yang kehilangan ibu jari kanan gara-gara mercun bola.

Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dilepaskan.

Kejadian menyebabkan ibu jari kanannya hancur sehingga paras bawah kuku dan menampakkan tulang.

Menurut ibu mangsa, Yusnani Abdullah anaknya bermain bunga api dan mercun bersama rakan-rakan di Taman Seri Periuk, Tumpat dan beliau mendapat panggilan dari saudara dan memaklumkan bahawa anaknya parah terkena mercun

Menurutnya lagi doktor terpaksa menangguh pembedahan menampal isi dan kulit kerana anaknya kini mengalami batuk dan selesema.

Beliau kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Tumpat sebelum di rujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut pada hari yang sama.

Bagi Fariz Aizat, dia serik untuk bermain mercun apabila melihatkan keadaan jarinya dan terpaksa beraya di hospital.

Ujarnya ini pengalaman pertamanya berhari raya di hospital dan menyesal atas apa yang berlaku.