Pilihanraya presiden AS pada 8 November 2016 ini membuka ruang kepada rakyat dan negara AS untuk memilih seorang wanita sebagai presiden.
Sudah tentu pelantikan ini akan mencipta satu rekod istimewa bagi golongan wanita di negara kuasa besar itu.
Ini adalah kerana rekod negara tersebut terhadap kesamaan hak wanita amat mengecewakan.
Terdapat banyak kes diskriminasi terhadap wanita yang berlaku di negara tersebut termasuk di tempat kerja, universiti dan sekolah.
Golongan wanita AS terpaksa berjuang untuk mendapatkan hak politik buat beberapa dekad.
Hanya melalui pindaan perlembagaan ke-19 hak mengundi yang sama diberikan kepada golongan lelaki dan wanita pada tahun 1920.
Hillary Clinton merupakan nama yang sering disebut sebagai wanita pertama yang dijangka akan menjawat jawatan presiden AS sejak beliau bertanding menentang Barack Obama dalam pemilihan calon demokrat untuk pilihanraya Presiden 2008.
Di sini timbul persoalan sama ada Clinton layak mewakili rakyat AS, terutama golongan wanita, sebagai presiden wanita pertama AS?
Seperti Trump, Clinton juga merupakan seorang calon presiden yang amat ‘divisive’ untuk rakyat dan negara AS.
Walaupun beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan pernah menjadi wanita pertama, senator di New York dan setiausaha negara (2009-2013), Clinton merupakan seorang tokoh pemimpin wanita yang amat kontroversial di AS.
Clinton dilantik ke senat pada tahun 2000 dan merupakan antara senator yang mendokong Perang Iraq pada tahun 2002, kemudian bertukar fikiran apabila perang tersebut gagal dan berpanjangan dan kemudiannya menentang usaha agresif AS dalam usaha menstabilkan Iraq.
Setelah gagal mendapat pencalonan parti Demokrat dalam pilihanraya 2008, Obama telah melantik Clinton sebagai setiausaha negara pada tahun 2009.
Beliau menyokong perubahan rejim di Libya, gagal menangani serangan keganasan di Mesir dan Libya pada 11 September 2012 yang telah menyebabkan kematian duta AS di Libya dan tiga rakyat AS yang lain.
Ternyata Clinton merupakan seorang pentadbir yang tidak mempunyai pendirian yang tegas berkait dasar luar negara AS dan merupakan antara mereka yang terbabit dalam pentadbiran dasar luar yang paling buruk dalam sejarah AS.
Tidak dapat dinafikan Clinton bergerak di belakang tabir pentadbiran Obama.
Malahan apa yang dikatakan oleh Trump bahawa Clinton merupakan another Obama memang benar.
Clinton terus akan menyokong dasar luar AS yang agresif.
Berhubung dengan negara Islam contohnya, Obama pada awal pentadbirannya telah mengemukakan strategi berbaik-baik dengan negara Islam.
Ini jelas terbayang dalam ucapannya di Mesir dan kemudiannya di Indonesia.
Sebaliknya, sehingga kini pentadbiran Obama terlibat dalam konflik di tujuh buah negara Islam termasuk Iraq, Afghanistan, Pakistan, Libya, Syria, Yemen, dan Somalia.
Apa yang dikatakan oleh Trump mengenai rigged system adalah benar apabila kita melihat Democratic National Convention (DNC) dengan jelas bersama dengan Clinton dan meminggirkan Bernie Sanders semasa primaries dijalankan sehingga Clinton telah dipilih sebagai calon presiden parti Demokrat. Malahan, media arus perdana juga terus meminggirkan Sanders.
Media yang sama kini meminggirkan Trump.
Memang benar dakwaan Trump yang mengatakan media bersama dengan Hillary.
Media arus perdana AS jelas dikawal oleh Clinton dan mempunyai muslihat tertentu.
Ini terbukti oleh Podesta emails yang didedahkan oleh Wikileaks baru-baru ini.
Banyak muslihat Hillary temasuk sokongannya terhadap Wall Street, salahguna dana Yayasan Clinton dan sebagainya tidak diuar-uarkan oleh media dan terus tersembunyi dari mata rakyat awam AS.
Sekiranya rakyat AS memutus untuk memilih Clinton sebagai Presiden, mereka bersetuju dengan status quo yang sedia ada.
Apakah tindakan sebahagian besar rakyat AS yang begitu inginkan perubahan, yang rata-rata anti-establishment?
Amalan demokrasi sempit pentadbiran sebelum ini akan berterusan.
Prinsip demokrasi yang menjadi tunjang perjuangan bapa kemerdekaan AS dan pejuang politik selepas mereka sudah tidak lagi relevan di AS.
Pilihanraya AS yang bersejarah ini jelas melanggar semua yang termaktub dalam perlembagaan AS terutama Akta Hak (Bill of Rights).
Malahan, apa yang termaktub dalam Deklarasi Kemerdekaan bahawa all men are created equal sudah tidak lagi relevan dalam sebuah negara yang dicemari oleh amalan rasuah, diskriminasi, supremasi kulit putih, keganasan polis, dan racial profiling.
Apakah maknanya equal opportunity apabila 10 peratus golongan elit kaya mengawal 75% peratus daripada ekonomi AS.
Ketaksamaan ini mendorong gerakan Occupy Wall Street.
Golongan elit kaya dan bukannya rakyat marhaen yang menguasai keputusan politik. Ini terbukti dalam proses pilihanraya AS yang mendokong dua calon yang “bermasalah”.
Jelas, demokrasi tidak lagi berfungsi di AS.
Apakah alternatif politik baru untuk negara AS?
Dunia akan terus bergolak dengan pendirian ‘hawkish “ Clinton.
Pegangan neo-con yang dipopularkan semasa zaman Reagan akan terus makmur di era Clinton.
Kegagalan dasar AS di Timur Tengah telah menyebabkan pentadbiran Obama beralih perhatian kepada Asia.
Idea ini juga merupakan tunjang pegangan luar Clinton.
Adakah AS yang semakin tercabar kedudukannya sebagai superpower, akan membawa pergolakan yang sama dari Timur Tengah ke Asia?
Sanggupkah AS menerima idea multipolar dalam orde dunia baru abad ke-21?
Apakah impak persaingan AS dengan negara China yang semakin agresif ke atas Asia?
Bagi negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dalam mengimbangi kedua kuasa besar ini, adalah penting bagi mereka untuk kembali kepada prinsip asas ASEAN iaitu ZOPFAN (Zon aman, bebas dan berkecuali) demi kepentingan strategik dalam politik dan ekonomi global yang semakin rapuh.
*Profesor Madya Dr. Shakila Yacob ialah Pengarah Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Shakila Yacob
Tue Nov 08 2016
Foto: The Washington Post
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.
Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.
Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.