Pihak berkuasa akan menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk mengadili Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Bagaimanapun, disebabkan Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan kenyataan, perkara itu perlu diserahkan dahulu kepada suruhanjaya berkenaan. Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang dan tidak mendahului pihak berkuasa.
“Selepas itu kalau ada lagi tindakan yang selanjutnya, kita, saya sebagai Menteri Dalam Negeri yang melihat kaedah-kaedah yang lain, kita juga akan mengunakan segala apa undang-undang yang sedia ada. “Jadi tak payahlah kita nak mendahului orang lain, yang pentingnya kita sesama kita ini faham, kita nak lakukan sesuatu itu, kita sendiri pun sepatutnya mengetahui kedudukannya supaya kita tidak melanggar undang-undang, sama ada undang-undang tu kecil besar, ia masih lagi merupakan undang-undang,” katanya. Beliau ditemui selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Tapah, Selama, Perak pada Sabtu. Menurutnya, adalah tidak wajar peserta perhimpunan sendiri melanggar undang-undang sedangkan tujuan mereka berhimpun adalah untuk memberitahu bahawa mereka tidak mahu orang melanggar undang-undang. Pada Sabtu, beberapa kumpulan, termasuk dari parti politik menyertai Perhimpunan #TangkapAzamBaki di beberapa lokasi di sekitar ibu negara. Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak agar proses undang-undang ke atas Azam Baki bermula dengan segera, serta menggesa rombakan SPRM dibuat dan seterusnya diletakkan di bawah Parlimen.[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71 Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar. ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini. Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
'Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah' - titah Agong kepada Azam Baki Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Baginda.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
SPRM terima 17 kenderaan berteknologi tinggi, mantapkan penugasan bawa OKT SPRM menerima 17 kenderaan SPV dilengkapi sistem teknologi tinggi bagi memantapkan beberapa operasi penugasan termasuk membawa OKT.
Kes menantu Muhyiddin: Tuduhan tanpa kehadiran pilihan terakhir - Azam Baki Tuduhan tanpa kehadiran menjadi pilihan terakhir SPRM untuk mendakwa menantu Muhyiddin, iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
Dakwaan ditawar habuan: Tiada pegawai SPRM hubungi Wan Saiful - Azam Baki SPRM nafi terdapat pegawainya menghubungi Datuk Wan Saiful Wan Jan selepas pendedahan beliau mengenai tawaran habuan untuk menyokong Perdana Menteri.
SPRM nafi tuduh Muhyiddin terbabit kontrak Spanco Tan Sri Azam Baki berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bersifat umum dan tidak pernah mengaitkan Muhyiddin dalam kes berkenaan.