Aktivis Hishamuddin Md Rais didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan seandainya tidak dibayar, penjara enam bulan dikenakan.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azman Mustapha membuat keputusan itu dan bersetuju dengan hujah bela peguam Hishamuddin, Syahredzan Johan semasa meminta rayuan hukuman di atas kesalahan Hishamuddin semasa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.
Terdahulu semasa prosiding, Syahredzan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tinggal berseorangan selain mempunyai pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan sebagai penulis.
Syahredzan juga memaklumkan Hishamuddin mempunyai beberapa haiwan peliharaan dan tinggal seorang diri.
Kata Syahredzan lagi, ucapan Hishamuddin turut dinyatakan tidak membawa apa-apa tindakan susulan yang menjejaskan pemerintahan negara selain mencetus sebarang kekacauan kepada keamanan negara.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wai Lon membalas, Hishamuddin perlu dikenakan hukuman maksimum kerana ia melibatkan kepentingan awam selain menjelaskan hujah diberi Syahredzan hanyalah berasaskan kepentingan diri tertuduh.
Pada 29 Mei 2013, Hishamuddin bersama lima aktivis lain didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hishamuddin didakwa atas pertuduhan itu bersama-sama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammmad Safwan Anang @ Talib, 25; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 64, dan peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 55, bagaimanapun perbicaraan kes mereka dijalankan secara berasingan.
Pada Perhimpunan Agung UMNO lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu sendiri.
Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.
Jelas Najib, peruntukan pertama ialah memastikan pengekalan akta itu dapat melindungi kesucian agama Islam dan agama lain tidak boleh dihina selain tindakan boleh diambil atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Wan Syamsul Amly
Fri Jan 09 2015
Aktivis Hishamuddin Md Rais pagi ini didapati bersalah bersalah atas tuduhan menghasut oleh Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.