Astro Publication
Fri Aug 21 2015
Honda BR-V membuat penampilan global di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang sedang berlangsung sekarang. Walaupun ia masih lagi diperkenalkan sebagai sebuah konsep, tetapi pihak syarikat mengesahkan bahawa ia pasti akan dikeluarkan. Bahkan, Honda sudah memulakan tempahan bagi pembeli di Indonesia di pameran kereta yang sama.
SUV kompak ini akan dikilangkan di PT Honda Prospect Motor (HPM)yang terletak di Karawang, Jawa Barat pada awal tahun hadapan.
Honda BR-V ini adalah SUV dengan kapasiti 7 penumpang, satu segmen yang digambarkan sebagai mendominasi pasaran Indonesia, menurut kata Tomoki Uchida, presiden dan pengarah HPM.
Beliau turut menambah, “Honda BR-V diposisikan sebagai crossover antara SUV dan MPV, yang menggabungkan rekaan sebuah SUV dengan ciri utiliti sebuah MPV berkapasiti tujuh penumpang.”
Jujurnya, penulis sendiri terkejut dengan saiz BR-V ini memandangkan ia berkongsi platform dengan model Brio yang kecil (segmen A). Namun, ukuran rasmi belum lagi diberikan, sepertimana imej kabin.
Terdapat persamaan rekaan antara BR-V ini dan Mobilio, tetapi tidaklah sukar untuk membezakan antara satu sama lain. Cuma sepertimana Mobilio, penulis agak sukar untuk ‘dipikat’ oleh rupa model baharu ini. Bak terma Inggeris ‘I’ve not come to terms with the design.’
Walaupun begitu, kenderaan ini memerlukan nilai praktikal yang tinggi dan dari saiz ia kelihatan tidak banyak beza dengan Toyota Avanza (sebagai contoh); bahkan mungkin lebih panjang. Dengan ground clearance sebanyak 200mm, ia juga memberi ketinggian pemanduan yang memuaskan. Saiz aloi yang dipasang pada model ini berukurang 16 inci.
Terdapat corong penyaman udara untuk penumpang belakang yang terletak di antara kerusi barisan pertama dan kedua. Kerusi barisan ketiga pula adalah jenis ‘split’ 50/50 yang dikatakan boleh dilipat dengan mudah dan cepat bagi memberi ruang kargo lebih besar. Tetapi perincian mengenai ruang yang tersedia belum didedahkan.
BR-V konsep ini turut lengkap dengan MID (Multi Information Display) pada panel instrumen yang memberi maklumat, antara lain, kadar penggunaan bahan api, meter perjalanan, dan juga suhu luar.
Kenderaan ini digerakkan oleh enjin empat silinder, 1.5-liter i-VTEC yang menjana 118hp pada 6,6600rpm dan tork sebanyak 145Nm pada 4,600rpm.
Ini dipadankan dengan pilihan kotak gear manual 6-kelajuan ataupun CVT.
Harga yang dianggarkan untuk BR-V ini adalah antara Rp230 juta sehingga Rp265 juta (bersamaan RM70,277 sehingga RM80,971, mengikut kadar tukaran semasa).
Adakah ia akan turut dijual di Malaysia? Sebenarnya pihak Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) belum lagi membuat keputusan, tetapi BR-V ini kelihatan bagaikan sebuah model yang ‘langkah kanan’.
‘Trend’ global menunjukkan bahawa SUV dan MPV masih diminati ramai, dan ini sedikit sebanyak juga selari dengan selera pembeli tempatan. Dan pada waktu ini juga, salah satunya model dijual HMSB yang boleh membawa lebih daripada lima penumpang adalah Odyssey, yang berharga RM229,030. Jika BR-V ini dijual dengan harga yang sesuai, tidak mustahil ia juga akan mendapat sambutan baik.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Imej rasmi pertama dashboard Honda BR-V sudah terbit
Rekaan serba baharu, dengan sedikit pengaruh daripada HR-V dan Mobilio. Dan sistem panghawa dingin Nanoe?
Honda BR-V akhirnya membuat penampilan global di Jakarta
Tempahan untuk pembeli tempatan mula diterima untuk crossover Honda yang ditunggu-tunggu. Pengeluaran akan bermula awal 2016;
Honda BR-V – direka khusus untuk pasaran Asia; dengan tujuh tempat duduk
SUV serba baharu dibangunkan senyap-senyap, boleh disaksikan di Jakarta bulan Ogos ini