Astro Publication
Fri Sep 11 2015
Apa yang anda lihat di sini adalah pemenang pertandingan Projek Rekaan Global yang dianjurkan Honda setiap tahun hanya untuk pekerja-pekerja mereka. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk dan mencetuskan kreativiti peserta serta mencabar ahli kumpulan terlibat untuk berkongsi objektif di samping mencapai sasaran tinggi.
‘Kereta’ yang menang ini dinamakan Honda Project 2&4 iaitu hasil kerja studio rekaan motosikal Honda di Asaka dengan kerjasama studio rekaan automobil di Wako. Apa yang ingin dicapai adalah untuk memberi pengalaman memandu yang mengujakan dengan menggabungkan elemen-elemen paling menarik sewaktu menunggang motosikal bersama elemen memandu.
Honda Project 2&4 ini dikuasakan enjin RC213V yang asalnya dibuat untuk jentera lumba MotoGP sebelum ditala semula untuk kegunaan di jalan raya biasa. Enjin V4 empat lejang 999cc ini – yang dipasang pada bahagian tengah casis – menjana 213hp dan tork puncak sebanyak 118Nm masing-masing dicapai pada 13,000rpm dan 10,500rpm. Kotak gear pula adalah DCT 6-kelajuan. ‘Red line’ enjin tiba pada 14,000rpm!
Inspirasi bagi Project 2&4 ini adalah jentera F1 RA272 daripada tahun 1965 (gambar di bawah). Cuma perbezaan yang paling ketara adalah tempat duduk pemandu (atau penunggang?) – ianya di sisi/luar dan terdedah hampir sepenuhnya kepada persekitaran; tak ubah bagai seorang penunggang motosikal.
Saiznya adalah 3,040mm (panjang), 1,820mm (lebar), dan 995mm (tinggi). Berat pula adalah 405kg, jauh lebih ringan daripada RA272 iaitu 498kg.
[Perbezaan lain Project 2&4 dengan RA272 adalah enjin, di mana jentera F1 zaman 60-an itu menggunakan unit V12 berkapasiti 1495cc. Ia menghasilkan 230hp pada 12,000rpm yang disambungkan kepada kotak gear manual 6-kelajuan]
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Honda Project 2&4. 'Redline' di 14,000rpm. Sila jadikan kenyataan
Dapat dilihat di pameran kereta Frankfurt minggu hadapan. Menggunakan enjin motosikal MotoGP - 213hp, 118Nm