PUTRAJAYA:Hospital dan fasiliti kesihatan di negara ini mungkin tidak dapat menampung jumlah pesakit COVID-19 jika kes harian berjumlah 1,755 setiap hari mengikut unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) (R0) 1.5 dalam tempoh 10 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan terus memperkasakan tindakan kesihatan awam bagi mengurangkan nilai kadar kebolehjangkitan itu kepada sekurang-kurangnya di bawah 1.0.
"Jika kita lihat sebelum ini negara mencatat empat digit kes COVID-19 iaitu pada24 Okt (1,240 kes), 4 Nov (1,032 kes) dan 6 Nov iaitu 1,755 kes.
"Bagaimanapun, selepas (tempoh) itu kita mencatatkan kes kurang daripada yang kita jangkakan (dengan kes kembali kepada tiga digit) dan jika kes semakin berkurang kita akan berupaya melandaikan lengkuk COVID-19," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata tindakan kesihatan awam itu adalah pendekatan paling penting selain kerjasama semua pihak bagi memutuskan penularan rantaian COVID-19 dalam negara.
Selain tindakan kesihatan awam, beliau berkata amalan semua langkah pencegahan juga adalah matlamat utama KKM dalam mengekang penularan wabak berkenaan.
"Kita perlu mencegahnya dan bukan mengawal ketika peringkat (virus) merebak," katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung perlu dipertingkatkan bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
Penularan jangkitan di Semenanjung dilihat membimbangkan kerana jumlah kes baharu contohnya di Lembah Klang serta Negeri Sembilan hari ini mencatatkan 427 kes melebihi kes di Sabah iaitu 259 kes.
"Tindakan proaktif perlu diambil untuk kekang COVID-19 dan semua pihak perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk kita kawal jangkitan rentas negeri dan rentas daerah," katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan saringan serta aktiviti kesihatan awam lain di lapangan bagi mengesan jangkitan COVID-19 di satu-satu kawasan.
"Untuk kekang jangkitan, kita telah laksanakan pelbagai tindakan contohnya mereka yang berada di zon merah tetapi kembali ke Kelantan perlu memakai wrist band serta kuarantin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020
Dr Noor Hisham berkata kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung perlu dipertingkatkan bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan. -Gambar fail
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Kerajaan dan BNM ambil langkah segera perkukuh nilai ringgit
Pelbagai langkah segera bagi memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur, sudah dan sedang diambil kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi
Kerajaan perlu sentiasa menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan demi kedaulatan digital Malaysia supaya ia selari dengan perkembangan teknologi.
Pelaburan digital negara meningkat 54 peratus
Pelaburan disumbangkan 256 syarikat dan 53 peratus daripada angka itu diwakili kluster teknologi maklumat, perkhidmatan perniagaan global (26 peratus), pusat data dan awan (13 peratus) serta teknologi dan kandungan kreatif (lapan peratus).
Why the Rohingya are being treated the way they are?
Rows and rows of neatly set blocks of two-roomed tenements line the eastern corner of Bhasan Char, a 40-sq km sand-bar island off the coast of Bangladesh on the Bay of Bengal within Bangladesh’s territorial waters.
Women cradle their babies in the narrow and cramped balconies of this sprawling mass of concrete while the men idly wander about this bleak island colony that is now home to about 20,000 Rohingya refugees, relocated a few years ago when the settlements in Bangladesh’s Cox’s Bazar began to get over-populated.
Women cradle their babies in the narrow and cramped balconies of this sprawling mass of concrete while the men idly wander about this bleak island colony that is now home to about 20,000 Rohingya refugees, relocated a few years ago when the settlements in Bangladesh’s Cox’s Bazar began to get over-populated.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.
Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).