GEORGE TOWN: Tempahan hotel di Pulau Pinang pada cuti hujung minggu ini meningkat sehingga 80 peratus.
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, K Raj Kumar berkata, peningkatan itu berlaku selepas pengumuman kerajaan berhubung kebenaran merentas negeri bermula Isnin lalu.
"Pada hari biasa, tempahan bilik di kebanyakan hotel di negeri ini mencapai 50 peratus dan meningkat ke 80 peratus pada hujung minggu ini.
"Kita berharap agar orang ramai terus berminat untuk melancong untuk membantu industri perhotelan bangkit semula," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, hotel di pulau ini terutama yang terletak di pantai mula sibuk membuat persiapan menerima pelancong sejak kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lalu.
Sementara itu, Raj Kumar berkata, pihaknya memohon kerajaan pusat supaya segera mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi perhotelan ketika negara berada dalam fasa endemik nanti.
Beliau berkata, SOP itu perlu bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dalam kalangan rakyat.
"Kita berharap SOP bagi fasa endemik ini lebih mudah difahami dan dikeluarkan oleh satu pihak sahaja agar tidak berlaku pertindihan arahan.
"Contoh, ketika fasa pandemik, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan SOP dan selepas itu ada agensi lain seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang mengeluarkan SOP lain kepada penggiat industri perhotelan.
"SOP daripada pelbagai agensi menyebabkan kami keliru. Jadi kami memohon agar SOP fasa endemik ini segera diumumkan supaya kami boleh bersedia dan dikeluarkan oleh satu agensi sahaja seperti MKN," ujarnya.
Pulau Pinang menjangkakan sekitar 50,000 pelancong akan mengunjungi negeri itu hujung minggu ini susulan kebenaran rentas negeri di seluruh negara bermula 11 Oktober lalu.
Exco Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin berkata, persiapan bagi menyambut kedatangan pelancong sudah pun dilakukan pemain-pemain industri pelancongan di negeri itu.
Pada Rabu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah bersiap siaga dalam menghadapi kemasukan kira-kira 50,000 pengunjung pada hujung minggu ini apabila membekukan cuti 2,342 kakitangannya.
Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang dilaporkan berkata, jumlah itu adalah 77.6 peratus daripada 3,109 jumlah keseluruhan kakitangan MBPP.
Katanya, tempoh pembekuan cuti rehat bermula pada 15 sehingga 19 Oktober ini.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan akan mengurangkan jumlah SOP sebanyak 94.5 peratus bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.
Pengurangan jumlah daripada 181 SOP ketika ini dijangka dapat dimuktamadkan dengan mengambil kira faktor tertentu selari peralihan negara ke fasa endemik iaitu menjelang penghujung Oktober ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 14 2021
Pengusaha hotel di Pulau Pinang mula sibuk membuat persiapan menerima pelanggan selepas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri pada Ahad lalu. -Gambar hiasan
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Dakwaan berkempen: Sanusi ingat peluru besar tapi peluru kapur dan meriam buluh sahaja - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan lawatannya ke Langkawi Jumaat lalu, adalah atas urusan rasmi bagi mendengar taklimat daripada agensi keselamatan.
Rentas negeri: Tempahan hotel meningkat 40 peratus - MAH
Menurutnya, sebelum pembukaan rentas negeri, kadar tempahan bilik hotel sekitar 25 hingga 30 peratus.
Rentas negeri: Hotel di Melaka hampir penuh hujung minggu ini
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya sebelum ini menyasarkan kadar tempahan 48 peratus apabila sempadan negeri dibuka.
Hotel di Pulau Pinang hampir penuh - MAH
Peningkatan itu berlaku selepas pengumuman kerajaan berhubung kebenaran merentas negeri bermula Isnin lalu.
Tempahan hotel empat bintang di Langkawi dijangka meningkat selepas 19 September - MAH
Sambutan hebat itu dijangka diterima selepas tempoh PKPD yang dikenakan di Mukim Kuala Kedah selama 14 hari tamat.