SERIAN: Perubahan sesebuah kerajaan, baik Pusat mahupun negeri, akan memberi kesan besar kepada agenda pembangunan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tanpa kerjasama erat dan hubungan akrab di antara kedua-dua kerajaan, ia akan membantutkan projek pembangunan yang akhirnya menyusahkan rakyat.
"Saya mudah membangunkan Sarawak kerana hubungan saya dan Abang Johari rapat.
"Mungkin satu panggilan daripada Abang Jo mengenai kelewatan projek, saya akan ambil maklum dan percepatkan pelaksanaannya.
"Kalau Kerajaan Pusat mempunyai empat parti termasuk mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak, dalam dua minggu akan datang, (saya harap) GPS masih kekal sebagai kerajaan negeri.
"Dengan ini, projek pembangunan akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan rakyat mendapat manfaat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Jajaran Seksyen Serian WPC 03, di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Jajaran bagi Seksyen Serian adalah sepanjang 33.65km. Seksyen ini melibatkan skop kerja menaik taraf jalan Persekutuan sedia ada dari Bulatan Serian ke Balai Ringin dengan kos projek sebanyak RM700 juta.
Tambah Ismail Sabri, beberapa lagi projek pembangunan di Sarawak sedang dirancang Kerajaan Pusat dan negeri.
"Perlu ada hubungan baik seperti GPS. GPS perlu menang.
"Saya bukan mahu berkempen, tetapi apa yang ingin saya katakan, hubungan rapat Kerajaan Pusat dan negeri penting," katanya.
Assim Hassan
Sun Dec 05 2021
ISMAIL SABRI: Tanpa kerjasama erat dan hubungan akrab kedua-dua kerajaan, ia akan membantutkan projek pembangunan yang akhirnya menyusahkan rakyat. -ASSIM HASSAN/pix
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Hubungan baik kerajaan Pusat, negeri penting untuk kelangsungan projek rakyat - PM
Tanpa kerjasama erat dan hubungan akrab di antara kedua-dua kerajaan, ia akan membantutkan projek pembangunan yang akhirnya menyusahkan rakyat.
Kerajaan Sarawak rancang perkenal Dana Kekayaan Berdaulat
Sarawak rancang perkenalkan Dana Kekayaan Berdaulat sebagai sebahagian daripada komponen sistem kewangan alternatifnya.