Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan hubungan bilateral kedua-dua negara ketika ini sedang berkembang dengan baik.
 
Kedua-dua pemimpin juga melahirkan harapan supaya hubungan positif ini yang diterjemahkan kepada beberapa projek kerjasama , kekal, serta berterusan.

Rumusan itu dibuat pada sesi sidang akhbar selepas pertemuan empat mata dan mesyuarat delegasi kedua-dua negara, sempena sesi pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura ke-4.

Najib dan Lee berkata, hubungan Malaysia-Singapura memasuki dimensi baru berdasarkan keyakinan dan kepercayaan sesama sendiri yang semakin kukuh.

Kedua-dua pemimpin juga berpuashati dengan perkembangan kerjasama pada peringkat ini, dan menyatakan komitmen terus menyokong satu sama lain.
 
Najib juga melahirkan harapan kesinambungan projek kerjasama dengan Singapura akan berterusan.
 
Pendapat sama dikongsi Lee.