Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menamatkan lawatan kerja lima hari di United Kingdom (UK) hari ini dengan kejayaan memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala khususnya dalam usaha menangani isu keganasan dan isu keselamatan sejagat.
Tidak kurang pentingnya, lawatan itu turut memberi kesan positif kepada pengukuhan hubungan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, yang pada masa ini menyaksikan jumlah perdagangan sebanyak RM10.6 bilion pada tahun lalu dan RM10.1 bilion dari Januari hingga Ogos tahun ini.
Secara peribadinya, lawatan kali ini meninggalkan kesan mendalam kepada Datuk Seri Ahmad Zahid yang menjadi tokoh pertama diundang memberi syarahan umum di Auditorum Malaysia, di bangunan baharu Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) Universiti Oxford, dengan ucaptamanya bertajuk "De-Rooting Radicalism and Extremism" (Pengislahan Radikalisme dan Ektremisme).
Pada syarahan umum yang dihadiri oleh cendekiawan dan jemputan khas itu, timbalan perdana menteri mengupas mengenai punca-punca berlakunya radikalisme, ekstremisme dan keganasan selain memberi penjelasan terhadap salah faham oleh masyarakat antarabangsa tentang isu itu.
Beliau turut mengesa masyarakat global supaya bersama-sama bertanggungjawab untuk "de-root" atau mengislahkan punca-punca yang menyebabkan radikalisme, ektremisme dan keganasan itu menular.
Dalam jadual yang agak padat sepanjang lima hari berada di UK, Datuk Seri Ahmad Zahid telah berkesempatan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan agensi-agensi keselamatan selain pemain-pemain penting dalam sektor pelaburan dan perniagaan di negara ini.
"Lawatan kali ini memperlihatkan keprihatinan United Kingdom kepada Malaysia bukan hanya terhad kepada hubungan tradisi tetapi mereka mahu terus memperkukuhkan jalinan hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang-bidang kepentingan bersama," kata Datuk Seri Ahmad Zahid kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya.
Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengadakan pertemuan pertamanya dengan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri UK yang baharu, Amber Rudd dan perbincangan mereka menghasilkan persetujuan positif berhubung kerjasama kedua-dua negara dalam usaha menangani isu keganasan dan isu keselamatan.
Pihak UK telah menyatakan minat dengan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah yang dilaksanakan di Malaysia, yang dilihat mampu menjadi asas penyelesaian kepada isu-isu yang dihadapi masyarakat Islam dunia.
UK bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menganjurkan secara bersama satu persidangan antarabangsa mengenai konsep kesederhanaan di sini.
Malaysia pula, katanya menyokong agar UK menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Perhambaan Moden, susulan daripada keputusan satu perbincangan meja bulat di New York pada 18 Sept lalu.
Menyentuh tentang syarahannya di Oxford, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata Malaysia dan negara-negara Islam yang lain harus memberi penjelasan kepada masyarakat dunia tentang punca-punca kepada masalah radikalsime, ekstremisme dan keganasan bagi memperbetulkan salah faham pihak barat terhadap isu itu yang lebih dikaitkan dengan Islam sedangkan agama itu menganjurkan tentang perdamaian.
"Persepsi negara barat terhadap kita (negara Islam) harus kita depani. Kita harus memberi gambaran sebenarnya bahawa Islam tidak menggalakkan keganasan," katanya.
Mengenai pandangan Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih Donald Trump terhadap Islam, beliau berkata walaupun ia agak lari daripada landasan sebenar apabila memandang dengan penuh prasangka terhadap orang Islam, namun beliau percaya dasar yang akan dilaksanakan Trump akan lebih bersifat sederhana dan menerima agama Islam dan orang Islam dalam perspektif yang sebenarnya dan bukan didorong oleh emosi
Beliau juga percaya dasar luar Amerika Syarikat tidak akan banyak berubah sama ada seorang presiden yang dipilih itu daripada parti Republican atau Democrat kerana dasar Amerika sedia ada akan terus dikendalikan oleh pemuka-pemuka diplomasi yang terdiri daripada diplomat yang ada di Jabatan Negara.
"Saya yakin apa yang akan dilakukan oleh presiden baharu AS tentunya mungkin tidak banyak lari daripada dasar sedia ada dan dengan penuh rasa positif saya yakin usaha Malaysia untuk terus memperolehi program pengecualian visa akan dapat dilaksanakan apabila semua syarat yang ditetapkan telah dipenuhi oleh pihak Malaysia.
"Ini kerana ia bukan syarat yang ditentukan oleh mana-mana presiden AS, atau mana-mana individu yang menjadi pemimpin Jabatan Negara, tetapi merupakan dasar negara dan jika sesebuah negara itu telah menepati semua syarat-syaratnya, ia akan dmasukkan ke dalam program pengecualian visa ini," katanya.
Dari segi kerjasama ketenteraan, Datuk Seri Ahmad Zahid telah mengulangi komitmen Malaysia untuk meneruskan latihan bersama dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai UK, Australia, New Zealand, Singapura dan Malaysia.
Mengenai pihak swasta di UK, katanya para peneraju industri di UK masih mengharapkan jalinan hubungan yang baik dengan Malaysia terutamanya kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk kepada pasaran barangan dan perkhidmatan daripada UK ke negara-negara ASEAN.
Sehubungan itu mereka mengharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam hubungan ini untuk menjadikan ASEAN sebagai tempat pasaran kepada barangan dan perkhidmatan daripada UK, kata beliau.
"Ini juga termasuk perkakasan dan aset kepolisian dan ketenteraan. Tentunya produk "state of the art" yang mereka hasilkan, yang pada hemat saya mempunyai kemampuan setanding dengan beberapa negara Eropah yang lain ataupun dari negara-negara Amerika Utara yang juga mengeluarkan produk yang sama," katanya.
Menyentuh soal isu keselamatan dan keganasan yang sering beliau bawa ke pentas dunia seperti pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Perhimpunan Agung PBB dan forum antarabangsa, Datuk Seri Ahmad Zahid menegaskan bahawa beliau membawa pandangan Kerajaan Malaysia untuk faedah keselamatan sejagat dan ia bukan misi peribadinya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2016
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) melawat syarikat Airbus Defence & Space hari ini sempena lawatan lima hari ke United Kingdom. - Foto BERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.