UMNO kini dikatakan cuba memanipulasi isu hudud untuk meraih semaksima mungkin undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata, taktik itu pernah digunakan semasa berhadapan isu nama Allah yang berlaku sebelum pilihan raya umum yang lepas.
"Presiden PAS membuat ketetapan dibenarkan bukan Islam menggunakan nama Allah kerana tiada halangan dalam agama untuk mereka menggunakannya. Juga diperingatkan agar ianya tidak disalahgunakan. Sikap itu menimbulkan polimik apabila sebilangan pihak tidak bersetuju.
"UMNO memanipulasi isu tersebut demi mendapatkan semaksima mungkin undi Melayu. PAS dilihat defensif apabila terpaksa berdepan pelbagai pihak yang 'tidak tahu' hukum sebenar ataupun kalangan mereka yang sengaja mengambil kepentingan politik. Natijahnya sedikit sebanyak dilihat memberi kesan kepada undi Melayu kepada PAS," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Nasaie memberi contoh berkenaan ketika mengulas kenyataan pemimpin DAP yang dilihat seolah mahu menghalau PAS keluar Pakatan Rakyat baru-baru ini sekiranya membentangkan pindaan enakmen jenayah syariah di DUN Kelantan.
Katanya, kelebihan Pakatan Pembangkang dilihat menonjol apabila berdepan masalah dengan cara membina kefahaman dan bukan lari daripada masalah untuk keuntungan yang singkat.
"Politik baru ialah politik ilmu. Mengilmukan rakyat agar mereka faham dan perubahan dilakukan atas dasar kefahaman.
"Isu hudud yang dipolemikkan sejak tahun 1993 lagi sejurus Kelantan meluluskan enakmen berkenaan di DUN kelantan. Kemudian berlarutan pada tahun 2001 apabila kerajaan PAS Terengganu mengambil tindakan yang sama.
"Kini ia muncul lagi apabila Kelantan berhasrat melaksanakannya dengan membawa perkara ini ke parlimen. Sepanjang tempoh itu, berlaku perdebatan yang panjang antara DAP dengan PAS yang sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada sebahagian besar pemimpin DAP terhadap hasrat PAS tersebut," ujarnya.
Kerana itu jelasnya, dia tidak merasakan penentangan DAP terhadap hudud disebabkan tidak faham tetapi lebih menjurus kepada undi.
"Lawan DAP iaitu MCA dan Gerakan yang nyawa nyawa ikan itu akan terus menerus memainkan sentimen tersebut agar pengundi bukan Islam menjauhi DAP.
"Sekali imbas ia boleh memberi impak penolakan bukan Islam terhadap DAP. Namun adakah ianya sesuatu yang benar? Jika benar sekalipun, kenapa kita tidak sedia berdepan dengan masalah tersebut dengan memberi kefahaman kepada mereka," katanya.
Sebagaimana dalam isu nama Allah tegasnya, PAS mengambil risiko sementara, tetapi kesannya baik untuk jangka masa panjang apabila muslim dan bukan muslim mendapat kefahaman yang jelas sehingga isu itu berjaya diselesaikan.
"Jika perbezaan kita dalam isu hudud, ianya sesuatu yang sudah kita sedari sejak awal. Sejak bila pula tiada perbezaan diantara kita.
"Namun persamaan dalam melaksanakan agenda bersama, tidak perlu sampai menghalang hasrat dan cita-cita berbeza diantara setiap parti. Itu hak masing masing. Kita boleh 'bersetuju untuk tidak bersetuju'," jelasnya.
Katanya lagi, semua pemimpin Pakatan Rakyat diminta menjadi pengamal politik baru sebelum membuat perubahan di peringkat kerajaan pusat.
"Masalah mesti dihadapi dan bukan melarikan diri daripada masalah.
"Sikap ini bukan sekadar untuk merelevankan kita diterima rakyat dalam pilihan raya, tetapi melatih dan menggambarkan sikap jujur kita untuk memimpin rakyat negara ini," ujarnya.
Astro Awani
Wed Feb 25 2015
MOHD NASAIE: Hudud: Hendak ke mana politik baru Pakatan Rakyat? - Gambar Facebook
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.
"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan
Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih 'tidak kukuh', jadi jangan ditanya bila hudud akan dilaksanakan, kata Pas Kelantan.
Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.
PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud
PBB bidas kerajaan Brunei kerana mahu laksana undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoseksual.
Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak semalam mendakwa hukuman tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai minggu depan.
Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.
Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.
Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.