KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca dilaporkan cerah di kebanyakan kawasan melibatkan semenanjung Malaysia, hari ini.
Walau bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) petang ini.
Untuk Sabah dan Sarawak pula dijangka cerah kebanyakan kawasan kecuali hujan melibatkan bahagian tengah Sarawak yang dijangkakan masih berterusan hingga lewat pagi nanti.
Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).
Luruan monsun dijangka akan memasuki rantau negara bermula esok dan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora melibatkan kawasan perairan rantau negara.
Hujan berterusan dijangka melibatkan di bahagian pantai timur semenanjung. Amaran peringkat waspada juga telah dikeluarkan bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Johor dijangka hujan berterusan bermula esok sehingga 20 Disember nanti.
Sepanjang tempoh amaran ini berkuatkuasa, kawasan terbabit berpotensi menerima keadaan hujan berterusan yang sekiranya berlaku dalam tempoh beberapa hari berpotensi untuk meningkatkan risiko banjir terutama di kawasan berkedudukan rendah.
Orang awam diminta berhati-hati dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku di kawasan masing-masing.
Faida Rahim
Fri Dec 16 2022
Luruan monsun dijangka akan memasuki rantau negara bermula esok dan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora melibatkan kawasan perairan rantau negara. - Foto fail/BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Banjir: Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air
Di Gua Musang, seramai 1,650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam akibat limpahan Sungai Chalil
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Kerajaan Kelantan pastikan baik pulih jalan di Gua Musang dipercepat
Kerajaan Kelantan akan memastikan kerja-kerja baik pulih melibatkan kerosakan jalan raya di Gua Musang dilaksanakan secepat mungkin.