Pulau Pinang diramal mengalami hujan yang berlarutan sehingga Disember ini, yang berkemungkinan boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata hujan pada bulan November dan awal Disember diramal lebih kerap berlaku pada waktu petang, dan tiada hujan di sebelah pagi.
"Memandangkan bulan November hingga awal Disember ini Pulau Pinang diramal masih hujan, kemungkinan untuk berlaku banjir itu ada tapi tidak sekerap yang berlaku pada bulan September dan Oktober lepas," katanya kepada Bernama pada Khamis.
Beliau berkata hujan akan berkurangan selepas memasuki pertengahan Disember hingga Februari depan.
Mengikut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (metmalaysia), hujan diramal di satu dua tempat pada waktu petang dan malam bagi tempoh tujuh hari akan datang bermula hari ini hingga Rabu depan (16 Nov).
Ribut petir pula diramal pada petang Isnin ini (14 Nov).
Isnin lepas (7 Nov), hujan yang berterusan di Pulau Pinang sejak tengah malam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini, antaranya Jalan P.Ramlee dan Bandar Baru Air Itam serta kejadian tanah runtuh di jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dan George Town.
Seminggu sebelum itu, Pulau Pinang dilanda banjir kilat pada sambutan Deepavali (29 Okt) menyebabkan ratusan rumah di sekitar bandar raya ini dinaiki air.
Cuaca di bahagian pulau pada semalam sehingga petang ini adalah baik. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2016
Hujan diramal di satu dua tempat pada waktu petang dan malam bagi tempoh tujuh hari akan datang bermula hari ini hingga Rabu depan (16 Nov). - Foto commons.wikimedia.org/Gp ong
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.