Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menegaskan beliau tidak mempunyai alasan untuk mencabar Mohamad Sabu bagi merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan parti yang akan diadakan ketika Muktamar Tahunan ke-59 November depan.
Malaysiakini melaporkan Husam berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung pendiriannya sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi.
"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat.
"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya.
Setakat ini difahamkan Husam telah mendapat pencalonan dari enam kawasan dan melepasi syarat pencalonan bagi melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut.
Mohamad Sabu telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan yang dimenanginya pada pemilihan sebelum ini dalam persaingan tiga penjuru.
Selain Husam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga disebut-sebut turut berminat menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua PAS itu.
Dua tokoh tersebut mewakili kumpulan pro-ulama yang mahukan supaya jawatan nombor satu dan dua PAS diisi oleh mereka yang bergelar ulama.
Bagi mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru, salah seorang calon dari pro-ulama perlu menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden.
Difahamkan setakat ini, Tuan Ibrahim mendapat lebih banyak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden berbanding Mohd Amar.
Tuan Ibrahim dikatakan lebih dikenali di peringkat nasional berbanding Mohd Amar yang dilihat tidak menyerlah biarpun memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Irwan Muhammad Zain
Thu Oct 03 2013
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.
Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa
Projek kediaman Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Aspire Residence Cyberjaya di Cyber 10 di sini yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' akan siap September ini.
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan
Tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.
Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam
Pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.
Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa
Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.