KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu kekal dengan keputusannya untuk tidak membenarkan penjawat awam di negeri itu memohon Bantuan I-Fitri.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira golongan penjawat awam juga bakal menerima insentif bonus menjelang Aidilfitri akan datang.
"Ia selaras dengan pengumuman Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi Belanjawan 2022 yang dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lepas," katanya semasa menjawab soalan Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) dan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN-Kuala Besut) dalam sesi penggulungan sidang DUN di sini hari ini.
Beliau berkata menurut data Profil Rakyat Terengganu (PRT20), kerajaan negeri dijangka membelanjakan sekitar RM 56.4 juta bagi agihan Bantuan I-Fitri tahun ini.
"Untuk makluman, dalam tempoh 24 jam selepas sistem dibuka untuk permohonan Bantuan I-Fitri, hampir 13,000 permohonan telah kita terima untuk dipertimbangkan," katanya.
Sementara itu, mengenai program Bulan Madu Kedua kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Hanafiah berkata ia akan diteruskan pada tahun ini selepas tertangguh beberapa tahun akibat pandemik COVID-19.
"Suka saya maklumkan bahawa program ini adalah program kerjasama agensi melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kehakiman Syariah dan Lembaga Pertumbuhan Penduduk Keluarga dan Negara (LPPKN) dengan matlamat melahirkan keluarga yang bahagia dan berkualiti di samping mengurangkan kadar penceraian di awal usia perkahwinan," katanya.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan membuat kajian lebih terperinci mengenai cadangan penubuhan Baitul Iman sebagai rumah kebajikan khas kepada para pesalah wanita.
"Baitul Iman ini akan berperanan sebagai pusat pemulihan akhlak dan akidah kepada para wanita yang bermasalah ini. Ianya persis Pusat Pemurnian Akidah yang juga dipanggil Baitul Iman kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Ulu Yam, Selangor," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata isu hakisan di Sungai Jertih, Besut telah disenaraikan dalam sistem MyProjek dan dijangka dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi pada Jun depan.
"Bagi mengatasi masalah hakisan di Sungai Jertih itu, satu cadangan projek pemuliharaan sungai di Bandar Jertih, Besut telah dimohon melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan-3 (RP-3) dengan kos sebanyak RM35 juta.
"Skop kerja yang terlibat adalah membina struktur perlindungan tebing Sungai Besut, menaik taraf Sungai Jertih dan membina denai sungai," katanya menjawab isu dibangkitkan Datuk Muhammad Pehimi Yusof (BN-Jertih).
Menjawab isu dibangkitkan Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) mengenai projek pemuliharaan Muara Sungai Dungun pula, Dr Mamad berkata projek dengan kos RM250 juta itu akan menyelesaikan masalah hakisan di kawasan berkenaan dan tender telah diiklankan, manakala taklimat tapak dibuat pada 24 Mac (esok).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Hanafiah berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira golongan penjawat awam juga bakal menerima insentif bonus menjelang Aidilfitri akan datang. - Gambar/ Bernama
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Smart Tunnel 2.0: Isu kos, teknologi dan penyelenggaraan antara kekangan - Pakar
Kekangan dari aspek belanjawan akan dihadapi kerajaan pusat, kerana projek seumpama itu akan memakan belanja yang sangat besar.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana
Sebanyak 109 buah sekolah dijadikan PPS, dengan daerah Besut mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 31 buah.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus meningkat malam ini
Kedah dan Perlis menjadi negeri terbaharu dilanda banjir hari ini manakala situasi di Perak dan Johor tidak berubah.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Lelaki maut dihempap pokok balak
Seorang lelaki warga Indonesia maut dihempap sebatang pokok balak di kawasan pembalakan Kampung Hulu Paka di sini pada Isnin.
Timbalan pengerusi masjid pula direman kemuka nama penerima zakat tidak layak
Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes mengemukakan senarai nama penerima zakat tidak layak kepada sebuah badan kebajikan swasta April lepas, direman enam hari.
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 10 negeri sehingga 6 petang - MetMalaysia
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.30 petang ini MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Kelantan, Terengganu dan Pahang.