IPOH:Ucapan terakhir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat menarik perhatian ramai.

Selepas merakamkan penghargaan kepada semua ahli-ahli DUN, beliau secara spontan berkata, akan turut merindui rakan-rakan seperjuangannya dari Pakatan Harapan.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam Pakatan Harapan.

I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Ahmad Faizal sambil mengukir senyuman.

Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya yang berlangsung pada Jumaat.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

Sebelum ini, menerusi surat bertarikh 18 November, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim berkata, Ahmad Faizal mempunyai keyakinan majoriti Ahli Yang Berhormat DUN.

Untuk rekod, bagi sesuatu usul untuk mendapat majoriti mudah, ia memerlukan sekurang-kurangnya sokongan daripada 30 ADUN.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, Bersatu 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5, Gerakan 1 dan Bebas 1.



BACA: Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti

BACA: 
"Penubuhan kerajaan baharu Perak akan berjalan lancar"- Faizal Azumu

BACA: Kerajaan Ahmad Faizal ditolak sebab tiada keabsahan - PKR Perak