KUALA LUMPUR: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang disaman oleh Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah dalam buku bertajuk 'The Sarawak Report - The Inside 1MDB Expose', memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan di pihaknya ketika menulis petikan dalam buku itu pada tahun 2018.
Editor berusia 63 tahun yang memberi keterangan melalui persidangan video dari London itu berkata petikan itu adalah berdasarkan ingatannya mengenai laporan berita yang dibaca pada tahun 2010, yang merujuk kepada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang menyebut bagaimana dia (Jho) mengenali Sultan Terengganu.
"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan di pihak saya, yang saya percaya adalah benar semasa saya menulisnya. Tidak ada niat jahat dalam penulisan saya.
"Saya tidak mengenali plaintif (Sultanah Nur Zahirah) secara peribadi, dan tulisan saya tidak menunjukkan sebarang penyelewengan olehnya. Saya tidak mempunyai sebab untuk memfitnahnya dan saya pastinya tidak berniat untuk menjejaskan reputasi atau merendahkan maruahnya menerusi penulisan itu."
"Buku setebal lebih 500 muka surat itu pasti mengandungi satu atau dua perkara yang tidak tepat. Bagaimanapun saya cukup teliti dengan penyelidikan saya, terutamanya apabila membuat sebarang dakwaan mengenai ketidakwajaran.
"Dalam perkara berhubung Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), yang sebenarnya memperkenalkan Jho Low kepada Sultan bagaimanapun tidak penting, kerana tidak ada penyelewengan atau rasuah dalam perbuatan itu, atau daripada berkenalan dengan Jho Low," katanya dalam kenyataan saksi.
Semasa menjelaskan mengenai apa yang diketahuinya mengenai Jho Low berhubung penubuhan TIA, beliau berkata daripada penyelidikannya, beliau mendapat tahu Jho Low mempunyai kaitan dengan kerabat Diraja Terengganu, yang membawa kepada penubuhan TIA, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
"Ini sekali lagi, adalah pengetahuan umum. Sebelum skandal 1MDB melonjak menjadi perhatian ramai di Malaysia pada 2015, Jho Low sendiri mengumumkan secara terbuka sejak 2010 mengenai penglibatannya dalam penubuhan TIA, melalui Sultan Terengganu.
"Ini dapat dilihat, misalnya menerusi temu bual Jho Low oleh media The Star, yang diterbitkan pada 30 Julai 2010," katanya.
Beliau seterusnya berkata Jho Low yang mempunyai kaitan dengan kerabat Diraja Terengganu, tidak dapat dipertikaikan telah menjadi pengetahuan umum, kerana beliau mesra dengan ahli keluarga itu pada 2009, dan diperkenalkan kepada Sultan Terengganu, adalah fakta yang diperakui Jho Low sendiri secara terbuka, tanpa kontroversi.
"Atas kesilapan yang tidak disengajakan ini saya telah memohon maaf, tetapi saya tidak boleh menerima salah tafsiran plaintif (Sultanah Nur Zahirah) terhadap petikan itu," katanya.
Katanya, beliau menulis buku itu kerana ia adalah penting untuk orang ramai mengetahui secara menyeluruh, bagaimana penyelewengan besar-besaran dana kekayaan negara 1MDB berlaku.
Apabila orang awam biasa mempunyai akses kepada butiran dan maklumat sedemikian, perdebatan awam dan wacana politik mengenai isu sedemikian menjadi lebih bermakna. Petikan itu memberikan naratif sejarah penting tentang bagaimana 1MDB berasal, bermula sebagai dana negeri Terengganu TIA, dan personaliti yang terlibat, sebelum ia dikawal oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan yang bermula Isnin lepas berakhir hari ini selepas lima saksi terdiri daripada tiga saksi plaintif dan dua defendan selesai memberi keterangan.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee menetapkan 20 Sept untuk mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua pihak.
Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan petikan itu antara lain bermakna beliau terlibat dalam rasuah dan campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan Terengganu dan bermakna beliau telah membantu Jho Low menjadi penasihat TIA.
Bernama
Thu Aug 04 2022
Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman itu mendakwa kenyataan petikan itu antara lain bermakna beliau terlibat dalam rasuah dan campur tangan urusan pentadbiran kerajaan Terengganu dan bermakna beliau telah membantu Jho Low menjadi penasihat TIA.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan
Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak yang lain bertanggungjawab kerana memfitnah Sultanah Terengganu.
Clare, dua pihak lain fitnah Sultanah Terengganu tetap kena bayar RM300,000
Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak lain yang memfitnah Sultanah Nur Zahirah dalam buku, The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose kekal diperintah membayar ganti rugi RM300,000.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown
Ia susulan tindakan perayu yang tidak pernah hadir pada mana-mana prosiding mahkamah sepanjang kes itu berlangsung iaitu sejak pendakwaan, sabitan mahupun rayuan.
Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.
Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown fail rayuan keputusan penjara dua tahun
Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.