Anggota masyarakat terutama ibu bapa dan anggota keluarga perlu memberi rawatan pemuihan awal kepada anak-anak yang menghadapi masalah autisme, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata rata-rata anggota masyarakat masih kurang memahami sindrom autisme kerana kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa dan ia hanya dapat disahkan oleh pakar perubatan.
"Berdasarkan rekod pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga kini seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah austime di seluruh negara.
"Dari jumlah tersebut 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 8th Walk For Autism at Melaka di Kota A''Famosa, Bandar Hilir hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk seri Idris Haron.
Rohani menasihati anggota masyarakat yang mempunyai anak, saudara mara atau kawan-kawan yang menghadapi masalah autisme agar segera mendaftar anggota keluarga mereka itu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Saya fahami masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kerana bukan mudah untuk mengesan samada anak mereka menghadapi masalah autisme dan rata-rata hanya menyedarinya ketika anak mereka telah bersekolah.
"Kebanyakan guru sekolah dilatih untuk mengesan kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran dan kita harap dengan adanya program seperti ini orang ramai akan dapat maklumat bagaimana untuk mengenali anak mereka yang mempunyai masalah autisme," katanya.
Beliau berkata pihak kementerian peka dengan masalah tersebut dan mencadangkan kepada Permata untuk menubuhnya Pusat Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme di setiap zon.
"Kos bagi membina pusat pemulihan kanak-kanak austisme melibatkan kos dan kepakaran yang tinggi, diharap dengan usaha bersama Permata ini dapat membantu seramai mungkin kanak-kanak yang bermasalah," katanya.
Rohani berkata selain daripada mendapat rawatan pemulihan di Permata Kurnia, ibu bapa juga boleh menghatar anak mereka di 537 buah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara bagi mendapat kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang dilakukan khususnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) dalam membina kesedaran orang ramai mengenai masalah autisme.
"Sebagai langkah awal kerajaan negeri akan menyediakan sebuah rumah milik kerajaan untuk dijadikan sebagai pejabat badan NGO memperhebatkan usaha tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2017
Kata Rohani, rata-rata anggota masyarakat masih kurang memahami sindrom autisme kerana kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa dan ia hanya dapat disahkan oleh pakar perubatan. - Gambar fail
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?