Seorang ibu bersama dua anaknya maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam sebatang sungai.

Nahas berlaku di kilometer 70.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli di Kampung Panglima Bayu kira-kira jam 12:48 tengahari Isnin.

Ketua Traffik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Traffik Daerah Tanah Merah, Inspektor Zamri Mustafa memaklumkan, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Nor Suzilawati Hussin, 39 tahun, anaknya Irfan Azmi Qayyum Ubaidullah, 12 dan Iqbal Hariz Putra Ubaidullah, 5 tahun.

Kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki 3 beranak berkenaan dilaporkan terbabas dan terhumban ke dalam Sungai Panglima Bayu.

Mangsa dalam perjalanan dari arah Jeli menuju ke Tanah Merah.

Kesemua mangsa yang terperangkap dalam kereta berkenaan dipercayai meninggal dunia akibat lemas.

Mangsa di bawa ke Hospital Tanah Merah di bedah siasat.