IBU kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Datuk Redzuan Ismail, 64, memaklumkan ibu tercinta, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
"Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagles.
"Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.
"Jenazah akan dipersiap untuk dikebumi di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Al-Fatihah.
"Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulillah," tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.
Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.
Difahamkan, selain kanser, Allahyarham turut menghidap Penyakit Alzheimer dan dementia.
Menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis serta peminat menitipkan doa kepada Allahyarham dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chef Wan.
Astro Awani
Thu Jan 12 2023
Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi tadi. - Media sosial
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
'Ibarat kaca jatuh berkecai' - Serina menangis dapat tahu Chef Wan hidap kanser
Serina bangga melihat bapanya kerana mempunyai semangat yang kuat apabila reda atas ujian penyakit yang diterima.
'Saya disahkan hidap kanser limfoma' - Chef Wan
Chef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil dan doktor memberitahu kanser dihidapinya masih di peringkat awal berdasarkan saiznya.
Ibu Chef Wan meninggal dunia
Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Chef Wan di akaun media sosialnya pada Khamis.
Chef Wan disaman bekas menantu
Chef Wan mendedahkan saman yang dikeluarkan itu adalah berkaitan isu tegurannya terhadap Shikin dan anaknya, Nadzri atau Chef Riz.
'Saya tak bernikah di Siam'- Serina
Menerusi Instagramnya, Serina berkata, dia bernikah dalam negara namun tidak menyebut secara spesifik lokasinya.
Anak Chef Wan, Serina kembali bergelar isteri
Serina memaklumkan majlis pernikahan dengan jejaka yang dikenali dengan nama Aidid, berlangsung secara tertutup.
Nasi Telur Terengganu, Ayam Percik sentuhan Chef Wan antara menu pilihan Tun Mahathir jamu Jokowi
Air tangan Chef Wan menjadi pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijamu kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana Joko Widodo.
Chef Wan berang, balas sindiran Najib Razak
Chef Wan berang disindir oleh Najib Razak. Sifatkan bekas Perdana Menteri itu dengki dengan beliau.
Almarhum Sultan suka mi rebus saya - Chef Wan
Kebaikan baginda menjadi bualan orang ramai. Baginda selalu menjadi orang yang baik, suka bersedekah dan memberi makan kepada orang ramai.
Selebriti sembah takziah kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah
Antara yang turut menzahirkan sembah takziah terhadap pemergiaan sultan berjiwa rakyat itu adalah dalam kalangan selebriti tanah air.