KUALA LUMPUR: Dua beranak ditemukan rentung manakala dua lagi ahli keluarga mereka melecur dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah banglo tiga tingkat di Tiara Villa Residensi, Taman United, di sini, pada Ahad.
Mangsa seorang wanita yang berusia 62 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun itu ditemukan meninggal dunia di dalam bilik berasingan di tingkat tiga.
Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Pantai, Sri Petaling dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.22 pagi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit untuk memadamkan kebakaran itu.
"Siasatan di tempat kejadian, pasukan penyelamat menemukan dua wanita yang mati rentung," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Amihizam memberitahu, pihaknya masih lagi menyiasat punca kejadian.
Pada ketika ini katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kebakaran itu diminta tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Umavathi Ramayah
Sun Jun 26 2022
Mangsa yang berusia 62 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun itu ditemukan dalam bilik berasingan di tingkat tiga kediaman mereka. - Foto Bomba KL
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus ketika tarawih
Mohd Isa berada di masjid menunaikan solat tarawih manakala isterinya, Nor Asmah Bohari, 58, dan dua anak tiada di rumah.
Pemadaman kebakaran tapak pelupusan Kayu Madang capai 77.5 peratus
Kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang di Kota Kinabalu berjaya dipadamkan sebanyak 77.5 peratus sehingga hari keempat semalam.
JBPM siasat butik terkenal ingkar arahan masuk premis terbakar
JBPM akan menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah butik terkenal di Bangi, Selangor yang dipercayai telah mengingkari arahan dengan memasuki premisnya yang terlibat dalam kebakaran.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar
Kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter anggaran keluasan 10 ekar.
Sembilan kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran bengkel
Sebuah bengkel kenderaan di Kampung Guru, Kangar musnah dalam kebakaran selepas belukar berhampiran terbakar lalu merebak ke premis itu.
Abang maut, adik melecur dalam kebakaran
Mangsa, Abd Shukur Abdullah Suhaimin meninggal dunia ketika menyelamatkan diri selepas terjatuh di belakang rumah.
Kilang kayu terbakar di Labuan
Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad, musnah dalam kebakaran hari ini.
Suami isteri maut, rumah terbakar
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai anak pasangan terbabit.
Tragedi Ramadan: Tiga rumah di Kampung Warna, Kuala Perlis musnah terbakar
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas sebuah rumah sebelum merebak ke dua buah rumah berhampiran.