BUKIT KATIL: “Jangan takut ambil vaksin, anak saya rebah kerana terlalu gementar, bukan kerana kesan sampingan vaksin COVID-19.”
Itu luah Ulfah Amat Daris, 41, yang kecewa dengan insiden tular membabitkan anak bongsunya yang didakwa ‘longlai’ selepas mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore, Klebang semalam.
Malah, ujar ibu empat anak itu, anaknya Muhammad Azim Hassan, 13, hanya terlalu gementar untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.
Menceritakan hal itu, katanya, pagi sebelum kejadian, anaknya sempat bersarapan dua bungkus nasi lemak sebelum dia bersama suami menemani remaja itu ke PPV berkenaan.
Jelasnya, anaknya itu mengakui pada mulanya gementar untuk disuntik, bagaimanapun memandangkan adik beradiknya yang lain sudah menerima suntikan vaksin lebih awal, dia teruja untuk ke ppv dan tidur awal pada malam sebelum kejadian.
Ujar Ulfah, bagaimanapun selepas selesai sesi pemantaun selama 30 minit, anaknya rasa tidak sedap badan dan hampir rebah ketika sedang berjalan di ruang parkir sehingga dia terpaksa meminta bantuan anggota bertugas.
Namun, dia kecewa apabila kejadian itu disalah tafsir sehingga ada yang mendakwa anaknya rebah kerana kesan sampingan vaksin COVID-19 berkenaan.
"Akak kecewalah sebab mereka tidak tanya pada kita dan sebar yang bukan-bukan. Selepas itu, ada yang kata tidak tidur, padahal anak saya tidur cukup, makan cukup sebelum pergi, memang akak suruh makan.
"Yang paling akak kecewa, dia kata anak akak sudah meninggal dunia, sampai macam itu sekali.
"Akhirnya anak akak mengadu dia malu dengan berita tular yang bukan-bukan itu. Yang sebenarnya dia terlalu takut," katanya
Terdahulu, Ulfah ditemui ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, di kediamannya di Kampung Bukit Duyong, Melaka pada Jumaat.
Dalam kejadian semalam, tular satu klip video berdurasi 36 saat di laman Facebook memaparkan pelajar lelaki berusia 13 tahun itu longlai dipercayai selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di PPV Encore, Klebang.
BACA: Lapar, takut jadi punca remaja 'longlai' selepas ambil vaksin di PPV
Remaja lelaki yang dilihat berada dalam keadaan terlalu lemah itu terpaksa dipapah oleh anggota Rela serta orang awam yang berada di lokasi berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 01 2021
Ulfah kecewa apabila kejadian itu disalah tafsir sehingga ada yang mendakwa anaknya rebah kerana kesan sampingan vaksin COVID-19 berkenaan. - Astro AWANI
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.