Ibu Timbalan MB Kelantan meninggal dunia

Sinar Harian
Oktober 7, 2018 05:33 MYT
Solat jenazah dan pengebumian dijangka jam 2 petang ini di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor.
Ibu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim meninggal dunia, awal pagi tadi.
Tengku Chik, 80 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 1.25 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Solat jenazah dan pengebumian dijangka jam 2 petang ini di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor.
Tengku Chik atau Mak Ku, merupakan cucu kepada Raja Dewa (Tengku Long Zainal Abidin) dan cicit kepada Sultan Muhammad III.
#Datuk Mohd Amar Nik Abdullah #Hospital Universiti Sains Malaysia #HUSM #Kubang Kerian #meninggal dunia #Tengku Chik Tengku Ibrahim #Timbalan Menteri Besar Kelantan