Ibu tiri ditahan kes dera kanak-kanak perempuan lapan tahun

Adie Sufian Zulkefli
April 5, 2021 09:48 MYT
Polis menerima laporan daripada hospital memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki didera berdasarkan kesan kecederaan teruk di bahagian badannya. - Gambar hiasan
KULIM: Polis menahan seorang wanita berusia 26 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun sehingga mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, wanita itu ditahan di sini, hari ini, susulan laporan yang diterima daripada Hospital Kulim pada Sabtu.
"Polis menerima laporan daripada pihak hospital memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki didera berdasarkan kesan kecederaan teruk di bahagian badannya.
"Mangsa terdahulu dihantar ke hospital berkenaan oleh bapanya pada Sabtu dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan seperti didera.
"Berikutan itu, kita menahan wanita yang dipercayai ibu tiri kanak-kanak itu pada hari ini di sekitar daerah Kulim untuk membantu siasatan.
"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya ketika dihubungi hari ini.
#ibu tiri #dera anak #Kanak-kanak #perempuan #lapan tahun #kecederaan #Hospital Kulim #polis #ditahan #wanita #bapa kanak-kanak #suami