KISAH kontroversi, jenayah gempar, kejutan politik, dan cerita pencetus inspirasi. Pelbagai peristiwa menjadi tumpuan umum sepanjang minggu lalu di negara ini.
Paling mencuri perhatian khalayak di laman web AstroAwani.com tentunya beberapa artikel yang dipetik daripada sesi kemunculan istimewa Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam program bual bicara Obviously Harith Iskander pada Sabtu lalu.
Selain itu, kami turut menyajikan berita mengejutkan seperti insiden tembakan maut di Setapak, perubahan pimpinan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan laporan polis Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun terhadap tiga individu berprofil tinggi yang dikatakan menjadi dalang menggulingkan Perdana Menteri.
Ikuti rangkuman seminggu berikut ini:
ISNIN, 25 JULAI
PM Najib minta individu disebut DOJ bersihkan nama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta individu-individu yang namanya disebut dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk membersihkan nama mereka. Beliau pada masa yang sama juga mahu individu-individu tersebut untuk bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan oleh mereka.
United beri Zlatan jersi nombor 9, Anthony Martial tidak puas hati?
BAGI menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah mengeluarkan senarai pemain bersama nombor jersi masing-masing. Namun ada sesuatu menjadi bualan netizen iaitu keputusan United untuk menyerahkan jersi nombor 9 yang dimiliki oleh Anthony Martial pada musim lepas kepada penyerang sensasi Zlatan Ibrahimovic. Hasilnya? Martial memprotes di media sosial.
SELASA, 26 JULAI
Dari gempal jadi ratu cantik: Miss Selangor Earth 2016 kongsi kisah dirinya
Joanna Joseph yang baru sahaja dinobatkan sebagai Miss Selangor Earth 2016 membuktikan bahawa setiap wanita boleh menjadi ratu cantik jika berusaha untuk mencapai impian tersebut. Namun siapa sangka, beliau yang kini langsing dan rupawan itu pernah menjadi mangsa buli di sekolah kerana ketika itu memiliki tubuh badan yang gempal. Adakalanya zaman sekolah boleh menjadi kejam!
Zeti Akhtar antara terlibat konspirasi gulingkan PM - Pemuda UMNO
Kecoh jadinya! Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mendakwa tiga bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Khairul Azwan Harun berkata, Individu yang dinamakan itu adalah bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.
RABU, 27 JULAI
Lelaki maut ditembak ketika berhenti di lampu isyarat di Setapak
Orang ramai yang melalui sebuah kawasan komersial di di Jalan Genting Klang, Setapak dikejutkan dengan satu insiden tembakan pada jam 3.35 petang. Seorang pemandu yang sedang berhenti di lampu isyarat merah telah ditembak dari kedua-dua belah sisi kenderaan oleh suspek yang secara terang-terangan melepaskan das tembakan di hadapan pengguna jalan raya lain.
VIDEO: Bunuh diri di pusat beli-belah Subang Jaya
Selain itu, video laporan seorang ahli perniagaan maut selepas terjun dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di USJ 19, turut mendapat perhatian.
KHAMIS, 28 JULAI
Isteri kedua Adi Putra antara ditahan bantu siasatan sindiket penyeludupan manusia?
Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya. Difahamkan, penangkapan tersebut dilakukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan warga asing.
Kes tembak di Setapak: Mangsa tukar kereta elak diekori
Lelaki yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Jalan Genting Klang pada Rabu, baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya. Menurut seorang rakan mangsa yang enggan dikenali, mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas sebelum ini menggunakan Toyota Camry.
JUMAAT, 29 JULAI
Datuk Seri Mustafar Ali dipindah dari SPRM?
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali dipindahkan untuk menerajui sebuah jabatan kerajaan lain dalam masa terdekat.
VIDEO: Letupan Movida: Dua mengaku bersalah lontar bom tangan di Puchong
SABTU, 30 JULAI
Cabul pesakit rakyat Malaysia, doktor kecantikan dihukum penjara
Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah. Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur 'liposuction' atau menyedut lemak.
Siapa Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu?
Kenali Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad. Beliau yang dilantik menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos, mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah perdagangan dan pengubahan wang haram.
AHAD, 31 JULAI
TMJ mahu terus suarakan pandangan, sanggup dipenjara jika ia satu jenayah
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pemimpin di negara ini untuk memainkan peranan mereka dengan berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh integriti, dedikasi dan berbakti. Beliau menyatakan demikian dalam temu bual ekslusif dalam rancangan Obviously Harith Iskander (OHI) pada Sabtu.
Hamzah Hamid
Mon Aug 01 2016
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang dari 25 hingga 31 Julai 2016.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (10 - 16 Oktober 2016)
Berikut merupakan berita-berita yang menjadi pilihan utama pengarang Astro AWANI minggu lalu.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (3 - 9 Oktober, 2016)
Berikut ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 3 hingga 9 Oktober, 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (8 - 14 Ogos 2016)
Berikut ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 8 hingga 14 Ogos 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (25-31 Julai 2016)
Berikut adalah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 25 hingga 31 Julai 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (20 Jun - 26 Jun)
Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI dari 20 hingga 26 Jun.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (6-12 Jun 2016)
Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 6 hingga 12 Jun 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (4-10 April 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang bagi minggu bermula 4 April dan 10 April, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (28 Mac- 3 April)
Himpunan berita Astro AWANI yang paling menjadi tumpuan sepanjang minggu bermula 28 Mac hingga 3 April 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (4 -10 Jan 2016)
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 4 Jan hingga 10 Jan, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (14-20 Dis)
Berita pilihan pengarang Astro Awani, untuk minggu bermula 14 hingga 20 Disember 2015.