IJN tidak benarkan pelawat buat Muhammad Adib untuk tiga hari

Astro Awani
Disember 5, 2018 12:01 MYT
Larangan itu bagi membenarkan Muhammad Adib menjalani sesi fisioterapi tanpa gangguan dan dimasa yang sama mengelakkan berlakunya risiko jangkitan daripada pelawat yang hadir. - Foto fail Astro AWANI
Institut Jantung Negara (IJN) telah memohon larangan menerima kunjungan oleh pelawat terhadap anggota bomba yang cedera, Muhammad Adib Mohd Kassim untuk sekurang-kurangnya 48 hingga 72 jam akan datang.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, IJN berkata larangan itu bagi membenarkan Muhammad Adib menjalani sesi fisioterapi tanpa gangguan dan pada masa yang sama mengelakkan berlakunya risiko jangkitan daripada pelawat yang hadir.
“Meskipun Muhammad Adib dalam proses penyembuhan yang progresif, dia masih dianggap berada dalam keadaan kritikal berikutan dua organ (paru-paru dan buah pinggang) masih memerlukan sistem sokongan (ECMO dan Dialisis),” menurut kenyataan itu.
BACA: Keadaan Adib makin baik - IJN
BACA: Muhamad Adib tunjuk 'thumbs up' kepada kami - Rosmah Mansor
BACA: Siti Hasmah ingin lihat sendiri keadaan Adib
Muhammad Adib sebelum ini mengalami kecederaan parah selepas dipercayai diserang oleh sekumpulan perusuh sewaktu operasi memadamkan kebakaran beberapa buah kenderaan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya pada Selasa lalu.
#bomba #IJN #Institut Jantung Negara #kebakaran #kuil sri maha mariamman #Muhammad Adib Mohd Kassim #operasi #rusuhan #Subang Jaya