Iklan Raya Petronas, 'Jahit', kudrat membawa berkat

Muzaffar Mustapa
Julai 26, 2013 01:30 MYT
Saban tahun menjelangnya sambutan perayaan Aidilfitri tidak lengkap sekiranya kita tidak menonton iklan yang diterbitkan oleh Petronas.
Kita masih mengingati iklan-iklan terdahulu yang pernah diterbitkan oleh jenama gergasi itu, lebih-lebih lagi iklan yang pernah dihasilkan oleh pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad sewaktu Allahyarham berkhidmat di agensi pengiklanan terkenal, Leo Burnett.
Ada ketikanya kita akan membuat perbandingan, mencari rasa dan mendalami mesej yang cuba disampaikan.
Allahyarham Yasmin Ahmad pernah berkata, iklan Petronas bukan untuk menjual minyak, iklan Petronas sebagai sebuah syarikat multinasional perlu membawa mesej nasional untuk disampaikan kepada masyarakat berlandaskan agama, bangsa dan negara.
Iklan Raya ciptaan Petronas bukan sekadar iklan raya biasa. Cerita utama yang disampaikan perlu bersifat global sejajar dengan gahnya jenama tersebut di peringkat antarabangsa, malah ia juga perlu menjadi alat untuk memperkukuhkan jatidiri dan bertanggungjawab besar terhadap agama, bangsa dan negara.
Tahun ini, Petronas mempertaruhkan iklan yang bertajuk "Jahit" dengan tema Kudrat Membawa Berkat. Saksikan iklan tersebut dan lontarkan pandangan anda bersama kami.
Berdasarkan tinjauan rambang di laman sosial Twitter, Astro AWANI mendapatkan pandangan beberapa pemilik akaun berkenaan iklan tersebut.

Sekarang baru rasa rindu nak tengok iklan Petronas yg lama2 dulu. Walaupun durasi lebih kurang 2 minit tapi ada feel & menangkap.

— Rewan Ishak (@RewanIshak) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@sultanmuzaffar takde nak rasa tersenyum ke tersentuh ke. Rasa mcm takde rasa apa2 kan.

— Rewan Ishak (@RewanIshak) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apa lagi cina mahu? Cina muslim pun nak raya. Bukan melayu je. Itu mungkin konsep iklan raya yg lebih releven dgn situasi sekarang.

— Rewan Ishak (@RewanIshak) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@adamengku @sultanmuzaffar kita bukan hentam kata iklan tu x bagus. Mesej mmg bagus. Tapi iklan petronas bersifat nasional. Idea kena besar.

— Rewan Ishak (@RewanIshak) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@adamengku @sultanmuzaffar even for filmmakers iklan petronas benchmark utk nilai estetika yg tinggi dari segi storytelling.

— Rewan Ishak (@RewanIshak) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apa dah jadi nih..RT @sultanmuzaffar: Kan! RT @iestatiptra: That's it??? RT @RewanIshak: Iklan Petronas http://t.co/Yb7rjDm6kA

— iestatiptra (@iestatiptra) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Paling best ttg iklan raya Petronas: tailor yg cuba memenuhi customer requirements w/pun terpaksa buat extra works. Ini ttg budaya kerja.

— Dayang Noor (@dayangnoor) July 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Iklan raya Petronas tak sedih. Banyak beri harapan kepada mrk yg gigih berusaha dan bekerja kuat.

— Dayang Noor (@dayangnoor) July 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Peh, berkaca je mata aku lepas layan iklan petronas

— K O R D I (@_kord) July 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@adamengku @sultanmuzaffar even for filmmakers iklan petronas benchmark utk nilai estetika yg tinggi dari segi storytelling.

— Rewan Ishak (@RewanIshak) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebak tengok iklan raya Petronas tahun ini. Eh bila masa pulak tak sebak tengok iklan Petronas ye dok?

— FRED (@Fred9Fareed) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lahhhh iklan petronas, mana mesej raya nya? Jahit baju, pastu anak dapat scholarship, lepas tuuuuu??????

— A.A.A.R (@TutAtiyah) July 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dah tak best macam zaman Yasmin Ahmad RT @_TheJebs: Iklan Hari Raya Petronas 2013. Discuss.

— MHKΛ (@brandonapiz) July 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Iklan hari raya petronas 2013 nie menunjukkan kalau kita buat sesuatu kerja dengan bersungguh2, inshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

— Ayie (@azriasyraf11) July 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Scene selection & prop gempak. Feel tadak RT @501Awani: Iklan Raya Petronas, 'Jahit', kudrat membawa berkat http://t.co/hzKsCFbqoV

— elviza (@elviza) July 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lakukan carian "iklan raya petronas" atau "iklan petronas" di Twitter untuk mendapatkan pandangan lain. Kongsi pandangan anda pula.
#2013 #iklan raya petronas