PERDANA Menteri Pakistan Imran Khan terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen.

Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beliau hanya memerlukan sokongan 172 anggota.

"178 anggota menyokong resolusi ini, ia kini diluluskan. Imran Khan masih memperoleh undi percaya daripada Parlimen daripada majoriti ahli dewan ini," Speaker Dewan Negara, Asad Qaiser, membacakan keputusan.

11 lagi Ahli Parlimen dari pakatan pembangkang, Pergerakan Demokratik Pakistan, memboikot sidang berkenaan.

Usul undi tidak percaya ini dikemukakan selepas bekas perdana menteri Yusuf Raza Gilani menewaskan Menteri Kewangan Hafees Sheikh dalam pemilihan Senat.

Pengundian ini dilihat sebagai satu ujian buat Imran Khan, yang dilantik sebagai perdana menteri selepas pilihan raya 2018.