Indeks Islamicity yang dijalankan oleh dua orang tokoh akademik dari Universiti George Washington, Amerika Syarikat tidak menyeluruh dan dan tidak mengambil kira beberapa kriteria.
Profesor Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya, Dr Ahmad Hidayat Buang berkata indeks berkenaan begitu selektif kerana kajian dibuat berdasarkan kedudukan ekonomi, tadbir urus, hak asasi manusia dan politik, serta hubungan antarabangsa.
“Ia tidak mengambil kira amalan agama secara peribadi. Sebagai contoh, ia tidak mengambil kira jika seseorang itu menunaikan solat lima kali hari, kehadiran ke masjid, kepentingan soal halal dan haram. Indeks itu tidak mengambil kira semua ini,” tegas Prof Ahmad Hidayat.
Indeks Islamicity itu mendapati Ireland merupakan negara yang disifatkan paling taat kepada nilai-nilai Al-Quran. Negara yang seterusnya ialah Denmark, Sweden dan United Kingdom.
Tiada satu negara yang majoritinya Islam menduduki tangga ke-25 ke atas dan tiada negara Arab berada dalam kedudukan 50 teratas.
Prof Ahmad Hidayat berkata hasil kajian berkenaan ada kebenarannya berdasarkan kriteria yang digunakan.
“Sebagai contoh, kita ambil kira tentang kebersihan, khususnya tandas. Mana lebih bersih? Tandas yang ada di negara Islam atau bukan Islam? Secara amnya, tandas di negara bukan Islam lebih bersih.
"Ada elemen yang sudah diamalkan oleh negara-negara yang sudah membangun dan ada elemen tidak diamalkan oleh negara Islam sendiri. Jadi indeks itu ada betulnya, cuma ia tidak menyuluruh," jelas beliau.
Prof Ahmad Hidayat turut memuji Malaysia yang berada di kedudukan 33, menewaskan negara Islam yang lain seperti Kuwait (42), Arab Saudi (91) dan Qatar (111) di dalam Indeks Islamicity itu.
“Cuba kita buang perkataan ‘Islam’ di situ dan tukar kepada ‘Indeks Keselesaan Hidup’. Pasti senarai itu akan sama. Malaysia akan menewaskan negara Islam yang lain, namun berada di bawah negara-negara maju barat,” akhiri beliau.
Terdahulu, The Irish Times melaporkan kajian Indeks Islamicity yang dijalankan oleh Profesor Perniagaan Antarabangsa dan Hal Ehwal Antarabangsa dari Universiti George Washington, Hossein Askari dan Dr Scheherazde S. Rehman.
Menerusi indeks itu, "negara-negara Islam sangat teruk," kata Prof Hossein dan menuduh mereka menggunakan agama sebagai alat kuasa.
November lalu, Prof Hossein berkata bahawa "hasil kajian menunjukkan banyak negara yang mengakui Islam dan bergelar Islam adalah tidak adil, rasuah, serta mundur dan sebenarnya tidak 'Islam' seperti yang dibayangkan.
"Melihat kepada indeks Islamicity Economy , atau sejauh mana dasar-dasar dan pencapaian negara mencerminkan ajaran ekonomi Islam - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway, dan Belgium berada pada tangga 10 teratas."
Syafique Shuib
Wed Jun 11 2014
Indeks Islamicity tidak mengambil kira amalan agama secara peribadi
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Indeks Islamicity: Kajian tidak menyeluruh - ahli akademik Islam
Kriteria Indeks Islamicity menggunakan kriteria yang selektif dan tidak menyeluruh seperti amalan agama secara peribadi.
Malaysia atasi negara Islam lain dalam Indeks Islamicity
Ireland merupakan negara yang disifatkan paling taat kepada nilai-nilai Al-Quran menurut Indeks Islamicity.