PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, memutuskan individu beragama Islam tidak boleh dinamakan sebagai pihak dalam pertikaian perkahwinan yang melibatkan pasangan suami isteri bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika menyampaikan keputusan majoriti panel tiga hakim berkata Seksyen 3(3) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA) dengan jelas memperuntukkan bahawa umat Islam dikecualikan daripada permohonan LRA.
Bagaimanapun, Hakim Tengku Maimun berkata undang-undang itu terpakai terhadap mualaf Islam dalam kes melibatkan pasangan bukan Islamnya memfailkan petisyen selepas bekas pasangan memeluk Islam iaitu selepas perkahwinan sivil mereka.
Beliau berkata tujuan LRA itu bukan sahaja untuk mengawal perkahwinan dan perceraian orang bukan Islam, malah ia juga sebagai pemisah undang-undang berasingan bagi orang Islam dan bukan Islam di negara ini.
"Ini adalah berdasarkan Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan mengenai prinsip pemisahan bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Keputusan majoriti itu yang disokong Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, mahkamah menolak rayuan yang dikemukakan oleh seorang wanita yang identitinya tidak didedahkan.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan yang turut sama bersidang, membuat penghakiman menentang.
Kes hari ini berkaitan rayuan oleh seorang wanita berhubung permohonan undang-undangnya untuk memasukkan seorang wanita sebagai responden bersama dalam petisyen perceraian yang difailkan pada Julai tahun lepas di Mahkamah Tinggi terhadap suaminya, mendakwa perkahwinannya musnah selepas suaminya membuat hubungan sulit dengan wanita Islam itu.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa individu Islam boleh dinamakan sebagai responden bersama dalam petisyen perceraian dan bukannya dalam perpisahan kehakiman dan oleh itu mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengecam responden bersama bagi ganti rugi di bawah Seksyen 58 LRA.
Dalam perceraian, kontrak perkahwinan dibatalkan manakala dalam kes perpisahan kehakiman, perkahwinan itu terus kekal tetapi pasangan dibenar untuk tinggal berasingan.
Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan wanita Islam itu, memutuskan undang-undang tersebut tidak terpakai kepada orang Islam.
Sementara itu, dalam penghakiman menentang, Hakim Nallini berkata Seksyen 3(3) LRA tidak menghalang seorang Muslim dinamakan sebagai responden bersama atas dakwaan berzina untuk petisyen perpisahan kehakiman.
Beliau berkata mahkamah diberi kuasa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Tafsiran 1997 untuk melihat kepada niat dan tujuan perundangan apabila mentafsir peruntukan.
Beliau berkata pendekatan kontekstual dan tujuan perlu diguna pakai dalam mentafsir frasa 'tidak terpakai kepada orang Islam' mengikut Seksyen 3(3) LRA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Hakim bagaimanapun berkata undang-undang itu terpakai terhadap mualaf Islam dalam kes melibatkan pasangan bukan Islamnya memfailkan petisyen selepas bekas pasangan memeluk Islam iaitu selepas perkahwinan sivil mereka. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.
Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan
Seorang bekas guru agama terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).