BANDAR SERI BEGAWAN: Pembangunan industri halal terutama yang melibatkan makanan adalah antara kerjasama baharu yang boleh diteroka bersama oleh Malaysia dan Brunei dalam era pascapandemik.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata berdasarkan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia mencecah kira-kira dua bilion, pelaburan bersama antara Malaysia dan Brunei dalam membangunkan industri halal boleh dilaksanakan dengan baik terutama penyediaan makanan halal.
"Apabila adanya keupayaan ini, ia akan membuka lembaran baharu dari segi kualiti dan pensijilan industri halal yang dapat memberi impak baik. Malaysia dan Brunei antara yang dihormati dalam (perkara melibatkan) kualiti makanan, penentuan halal produk makanan.
"Industri halal kita boleh teroka lebih lagi. Ini cadangan awal untuk mencari ruang (kerjasama) baharu," katanya ketika ditemui media Malaysia di sini, pada Selasa.
Beliau berkata Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA) akan dimeterai semasa lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Brunei bermula hari ini.
Selain industri makanan halal, ia akan turut melibatkan beberapa sektor penting seperti ekonomi digital, minyak dan gas, pembuatan pintar, kecerdasan buatan (AI), pertanian pintar dan pelancongan, katanya.
"Ini adalah persefahaman yang sangat signifikan dalam rangka hubungan perniagaan menerusi agensi yang terbabit. MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan agensi pelaburan lain akan ada perancangan dalam memastikan kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan mantap, melihat aspek perniagaan baharu, yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi," katanya.
Zambry berkata dalam hal perdagangan pula, wujud potensi untuk kedua-dua negara mempertingkatkannya ketika aktiviti import dan eksport menunjukkan pertumbuhan baik.
"Perbincangan dalam pertemuan awal Sultan Brunei dan Perdana Menteri hujung tahun lepas (semasa Lawatan Khas Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 Nov, 2022) turut menyentuh beberapa hal. Antara yang dilihat (langkah untuk) hubungan dagang dapat dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata dalam era pascapandemik, berlaku perubahan ke atas rantaian bekalan atau penawaran yang sedia ada di seluruh negara, dan perang Rusia-Ukraine memburukkan lagi situasi ini.
"Idea globalisasi pun dicabar, tidak dapat memenuhi permintaan. Namun ada potensi baharu yang boleh dibangunkan iaitu kerjasama di peringkat rantau. Dalam hal ini, Asean boleh berperanan besar untuk menentukan penawaran tidak terganggu.
"Pergerakan barangan dan perkhidmatan dapat dilakukan dalam rantau Asean dengan lebih mudah, bermaksud, tidak perlu bergantung kepada sumber yang terlalu jauh. Kerjasama di peringkat Asean akan beri kelebihan untuk kita.
"Saya yakin Malaysia dan Brunei akan meneliti kerjasama peringkat rantau ini yang akan memberi nilai tambah, dapat mengatasi kesenjangan ekonomi," katanya.
Zambry berkata apabila semua sektor ekonomi dibuka semula selepas pandemik, hubungan Malaysia-Brunei telah mencatatkan prestasi positif dengan jumlah perdagangan melebih RM10 bilion, sekali gus memberikan keyakinan untuk penerokaan kerjasama dalam banyak bidang baharu.
Pada 2022, Brunei ialah rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di peringkat dunia serta keenam terbesar dalam Asean dengan jumlah perdagangan mencecah RM13.2 bilion (US$2.98 bilion).
Bagi tempoh Januari-Disember 2022, Malaysia merekodkan peningkatan jumlah eksport ke Brunei sebanyak 33.3 peratus berbanding pada 2021 dengan sebanyak RM7.4 bilion (US$1.68 bilion).
Jumlah import dari Brunei pula sebanyak RM5.82 bilion (US$1.21 bilion) iaitu peningkatan 154.8 peratus dari angka pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023
Zambry berkata, wujud potensi untuk Malaysia dan Brunei mempertingkatkan perdagangan ketika aktiviti import dan eksport menunjukkan pertumbuhan baik. - Gambar fail
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Konflik Iran-Israel: Pelajar Malaysia di Asia Barat selamat - Zambry
Seramai 1,872 pelajar Malaysia berada di Jordan, Syria (37), Iran (8), manakala tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq.
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus untuk tahun 2023
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 sebanyak 3.6 peratus.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Pindaan AUKU: Pergerakan golongan mahasiswa tidak lagi terhad - PKPIM
Antaranya, agenda untuk memperkasa mahasiswa akan terhad kerana kelulusan kewangan oleh MPP mungkin tidak banyak, kata Muhammad Dzul Aiman.
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
Malaysia, 7 negara jalin kerjasama lebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi
Tujuh negara bersetuju menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi.