Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes kemalangan eskalator membabitkan kanak-kanak dilaporkan.

Pada 17 Oktober lalu, tindakan seorang bapa yang meletakkan anaknya di bahu akhirnya membawa musibah selepas kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat dua di sebuah pusat membeli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Kanak-kanak berkenaan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pelbagai peringatan dan amaran diberikan termasuk hebahan di media agar lebih berhati-hati ketika menggunakan eskalator namun, kejadian seperti ini masih berlaku.

Bagi mengelakkan insiden seperti itu, ibu bapa perlu lebih peka ketika menggunakan perkhidmatan eskalator.

Kemalangan membabitkan orang yang tersayang boleh dielakkan.

Berikut tip keselamatan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan kemalangan kecederaan melibatkan eskalator.


PANDUAN KESELAMATAN
Tip keselamatan menggunakan eskalator