Ini 5 fokus utama sidang media harian COVID-19

Astro Awani
Jun 2, 2020 09:33 MYT
Malaysia terus mencatatkan penurunan kes COVID-19 dengan mengekalkan rekod tiada kes kematian baharu dalam tempoh sebelas hari berturut-turut.
Malaysia terus mencatatkan penurunan kes COVID-19 dengan mengekalkan rekod tiada kes kematian baharu dalam tempoh sebelas hari berturut-turut.
Ini antara tumpuan utama dalam sidang media mengenai COVID-19 hari ini:
1. 66 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes.
2. 20 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes.
3. Tiada kes kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes
kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes. Ini adalah hari ke-11 tiada kes kematian baharu COVID-19 dilaporkan.
4. 120 orang telah dikenal pasti dan disaring daripada kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur. Daripada jumlah itu, enam kes positif COVID-19, 76 kes adalah negatif COVID-19 dan 38 masih menunggu keputusan.
5. Kluster di sebuah pangsapuri di Cheras tidak melibatkan pangsapuri lain yang terdekat setakat ini. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan.
#Cheras #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #koronavirus #Kuala Lumpur #Malaysia #Media #siasatan