Ini 5 tumpuan utama Mesyuarat Khas Parlimen hari ini

Astro Awani
Julai 27, 2021 13:59 MYT
Blok pembangkang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan memberikan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Antara yang menjadi tumpuan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini adalah desakan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan memberikan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.
Juga menghangatkan suasana apabila bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lambat ‘mengiktiraf’ dan melaksanakan ujian saringan melalui air liur (RTK-Ag) akan mengakibatkan kes positif COVID-19 terus meningkat.
Beliau menyifatkan sikap kerajaan sombong dan gagal memanfaatkan pakar kesihatan akan meletakkan keupayaan menangani pandemik ini tergendala.
Berikut lima perkara yang menjadi tumpuan pada sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
1. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan peningkatan jangkitan dalam gelombang ketiga adalah dikesan melalui kes sporadik dan tiada kaitan dengan kes kluster.
2. Blok pembangkang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan memberikan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.
3. Ahli Parlimen pembangkang mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) sekat data granular COVID-19.
4. KKM memberi jaminan bahawa tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor-doktor kontrak yang terlibat dalam protes aman di hospital-hospital kerajaan seluruh negara pada Isnin.
5. Pihak pembangkang mendesak Ketua Polis Negara atau Peguam Negara tampil memberi jawapan mengenai peraturan yang berkuat kuasa sekarang susulan pembatalan semua Ordinan Darurat.
#COVID-19 #Dewan Rakyat #Kementerian Kesihatan #Parlimen #Peguam Negara #Ketua Polis Negara #undang-undang #ujian saringan #pembangkang #kes positif #KKM #pandemik