"Ini barulah kualiti MV untuk living legend" - Peminat teruja tonton video muzik Siti Nurhaliza

Asyraf Roslan
Oktober 16, 2020 15:46 MYT
Bukan sahaja melodi lagu yang rancak malah penampilan penyanyi tersebut dalam MV itu juga dilihat sebagai sesuatu yang baharu dan segar.
TUAH penghibur bernama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ini ialah pengaruhnya masih sukar digugat.
Sudah lebih dua dekad, kedudukan serta populariti penyanyi nombor satu negara itu masih teguh di persada seni tanah air.
Apa sahaja perkembangannya sentiasa mahu diketahui peminat-peminatnya dan setiap inci pergerakannya sentiasa menjadi tumpuan.
Demikian juga dengan apa-apa berita mengenai kerjaya seninya yang sentiasa didokong oleh pencinta-pencinta buah hati kesayangan Malaysia itu.
Lalu tidak hairanlah sejak album terbaharunya, Manifestasiti2020 dipasarkan, karya berkenaan mendapat sambutan luar biasa.
Mengiringi naskhah Manifestasiti 2020 itu tentu sekali penerbitan video muzik (MV) menjadi penantian peminat-peminat penghibur kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.
Peminat Siti Nurhaliza tentu sekali mahukan sesuatu yang istimewa daripadanya untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh penyanyi itu menerusi visual yang pelbagai.
Terbaharu, penyanyi itu melancarkan MV Siapa Tak Mahu di laman YouTube.
Bukan sahaja melodi lagu yang rancak, malah penampilan penyanyi tersebut dalam MV itu juga dilihat sebagai sesuatu yang baharu dan segar.
Peminat-peminat beliau sangat berpuas hati dengan kualiti MV yang telah diarahkan oleh Ghazi Maslan itu.
Bagi sebilangan besar daripada mereka, ini merupakan kualiti yang seharusnya seorang yang bintang bertaraf living legend tonjolkan dalam industri.
Lebih menarik, tidak sampai satu jam MV tersebut dilancarkan, ia sudah berjaya meraih 100 ribu tontonan di laman YouTube
MV Siapa Tak Mahu turut menampilkan pelakon, Hun Haqeem dan Mira Filzah sebagai penampilan istimewa.
Berikut antara komen yang dikongsi oleh penyokong-penyokong setia Siti Nurhaliza mengenai MV Siapa Tak Mahu:

Semua outfit Dato Sri Siti Nurhaliza dalam MV #SiapaTakMahu look stunning. Baru kena dengan title Penyanyi No 1 Malaysia !!

— H.Azizi (@IsmiMuhammad7) October 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Top 3 trending #SiapaTakMahu pic.twitter.com/Rdbyx4F1L0

— Latifah (@therealme_ifah) October 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Queen didnt disappoint this time. MV #SiapaTakMahu mmg terbaikkk. @CTNurhaliza11 congratulation for another quality MV!

— Tengku Rafgan (@tengkurafgan) October 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

110k tak hampir 2 jam lgi pun #SiapaTakMahu pic.twitter.com/SZW9NVjAtc

— KCT (@KuasaCTfans) October 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Datuk Seri Siti Nurhaliza #Siapa Tak Mahu #Muzik Video #Hun Haqeem #Mira Filzah #ManifestaSITI2020 #Siti Nurhaliza Tarudin #Ghazi Maslan