KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengulangi pendiriannya bahawa ketika ini bukan masanya untuk berpolitik.

Sebaliknya,  Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, apa yang harus dilakukan ialah terus memberikan fokus dengan usaha menangani pandemik COVID-19 yang ternyata memberi kesan teruk kepada rakyat dan sektor ekonomi.

“Ketika negeri dan negara berhadapan dengan krisis kesihatan akibat pandemik, tiada yang lebih penting daripada negara dan negeri ditadbir oleh kerajaan yang stabil.

Alhamdullilah ... Sarawak mempunyai kerajaan yang agak kuat di bawah pentadbiran GPS,” katanya semasa berucapa dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 peringat negeri, di sini pada Isnin.

Ujar Abang Jo lagi, pergolakan politik di peringkat persekutuan ketika ini tidak wajar berlaku sementara negara perlu mencari penyelesaian untuk menangani COVID-19.

BACA: Muhyiddin dijangka buat pengumuman khas hari ini

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letak jawatan? Muhyiddin pengerusikan mesyuarat khas Kabinet


Politik | Perkembangan di Istana Negara setakat jam 10 pagi
 
“Namun, di peringkat Persekutuan keadaan agak membimbangkan akibat perebutan kuasa dan pertelingkahan antara parti-parti politik.

“Saya amat bersetuju dengan saranan bahawa ini bukanlah masa untuk berpolitik sakan tetapi adalah masa untuk mengemblengkan masa dan tenaga untuk menangani ancaman COVID-19,” katanya.

Beliau memberi jaminan di sebalik naik turun statistik penularan COVID-19 ketika ini, Kerajaan GPS tidak pernah menyerah kalah dan berputus asa melaksanakan pelbagai tindakan membendung dan mengawal penularan dalam kalangan rakyat negeri ini.


[INFOGRAFIK] Kedudukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Setakat 12 Ogos 2021)

“Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar utama untuk memerangi COVID-19 ialah dengan mempercepatkan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat yang layak menerima.

“Sarawak sudah hampir mencapai imuniti kelompok mendahului negeri-negeri lain dengan pemberian vaksin dari bandar hingga ke pedalaman nun jauh berhampiran perbatasan, seperti di Long Singut, Ulu Baleh,” katanya.

BACA: Dagangan di Bursa Malaysia teramat rendah ketika dibuka pagi ini

Perjuangan yang belum selesai ini katanya akan diteruskan dan kerajaan negeri sentiasa memandang serius betapa perlu usaha keras digemblengkan dari semasa ke semasa sehingga situasi dalam negeri kembali normal pada masa mendatang.


Ini usaha yang digerakkan untuk mendapatkan kuasa - Dr Jeneri Amir