KUALA LUMPUR: Inisiatif terjemahan langsung Khutbah Hari Arafah dari Mekah, Arab Saudi ke 10 bahasa termasuk Bahasa Melayu, akan diteruskan pada musim haji kali ini.
Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais berkata inisiatif ini bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia yang mendapat akses secara langsung, memahami kandungan teks khutbah.
Khutbah musim haji 1443 H beserta terjemahan langsung akan disiarkan dalam 10 bahasa; Inggeris, Bahasa Melayu, Urdu, Farsi, Perancis, Cina, Turkiye, Rusia, Hausa dan Bengali.
"Selepas ini akan lebih dari itu (10 bahasa), kerana menjadi kewajipan kami di Haramain untuk menyampaikan kepada semua, setiap pengisian (mengenai) kebenaran, keadilan, kebajikan, kesederhanaan, toleransi, menolak ketaksuban dan kebencian dari tanah suci ini," katanya dalam wawancara saluran televisyen Alekhbariya, Arab Saudi baru-baru ini.
Alekhbariya turut melaporkan khutbah Arafah akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen dan radio tempatan selain tiga aplikasi pintar (Arafat, Haramain dan Manaret Haramain) serta portal jabatan berkenaan.
Untuk rekod, inisiatif terjemahan Khutbah Arafah telah dimulakan sekitar tahun 2018 dengan hanya lima bahasa: Inggeris, Perancis, Farsi, Bahasa Melayu dan Urdu.
Pada tahun kedua pelaksanaannya, bahasa Cina ditambah. Tahun 2021, sebanyak empat lagi bahasa dimasukkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Pada hari ke-9 Zulhijjah, jemaah haji akan membanjiri dataran di Bukit Arafah untuk melakukan ibadah paling penting dalam haji iaitu berwukuf di Arafah. - Foto fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah ke 10 bahasa, termasuk Bahasa Melayu diteruskan
Ia bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam seluruh dunia, memahami kandungan teks khutbah.