BACHOK: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi perhatian terhadap segala pendekatan inovasi dan inisiatif yang dihasilkan para guru supaya ia tidak hanya kekal di sekolah mereka, sebaliknya diperluaskan ke sekolah lain.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ini kerana terdapat inovasi yang dilakukan guru-guru ini boleh digunakan secara meluas kerana kosnya tidak tinggi selain mengambil masa cepat dan pendekatan yang mudah.
"Saya telah maklumkan kepada Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid mengenai perkara ini dan apakah inisiatif serta ikhtiar yang boleh dilakukan supaya ia dapat dikembangkan ke sekolah lain pula," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Apresiasi Festival Guru Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Aminudin Adam.
Mengulas lanjut, Radzi berkata sudah tiba masanya untuk membuat perubahan terhadap struktur pendidikan negara ini supaya mampu bersaing dengan negara luar.
"Dunia berubah tetapi jika kita masih lagi dengan pendekatan lama, kita akan terus ketinggalan kerana dalam konteks pendidikan, kita bukan sahaja bersaing dengan jiran, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri tetapi kita bersaing di peringkat dunia," katanya.
Pada majlis itu, Radzi turut menyampaikan anugerah kepada 27 guru daripada pelbagai kategori seperti Anugerah Ikon, Anugerah Cikgu Juara Digital, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Guru Inovatif danAnugerah Khas Pendidikan.
BACA: 'Raikan pengorbanan guru kita'
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Radzi menyampaikan ucapan perasmian Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan kampus Bachok di Bachok, 15 Mei 2022. --fotoBERNAMA
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Tidak salah guna media sosial namun guru diingat patuhi garis panduan KPM
Kementerian Pendidikan memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu.
KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM - Fadhlina
Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM.
KPM pantau iDME setiap jam, tambah baik dari semasa ke semasa - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
Guru didakwa raba murid dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan di dalam kelas tahun lima sebuah sekolah di Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Mei 2022.
KPM tambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, mudahkan tugas guru
SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman guru, petugas UM wajibkan ambil vaksin COVID-19
Mahkamah Tinggi menolak dua permohonan semakan kehakiman difailkan oleh lima guru sekolah dan 19 petugas UM terhadap pekeliling kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil vaksin COVID-19.
Izinkan pelajar berfikiran kreatif, mencabar kelaziman - Canselor UPSI
Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, titah baginda.
MOBIM memanfaatkan lebih 31,000 guru
MOBIM telah membantu memudahkan guru merancang PdP dengan panduan serta pelbagai strategi yang menyeronokkan.